Siakap Keli

Ini Reaksi JAKIM Tentang Isu Status Halal Premis Minuman Xing Fu Tang

Beberapa bulan kebelakangan ini, minuman boba atau bubble tea ternyata mendapat tempat di hati masyarat. Setiap masa, ada sahaja individu yang memuatnaik gambar minuman ini di timeline media sosial. Malah francais yang menyediakan minuman terbabit mula tumbuh bak cendawan selepas hujan, pelbagai jenama, pelbagai pilihan!

Namun perkara yang paling menarik perhatian adalah isu tentang status halal minuman berkenaan yang mula dipersoal oleh masyarakat. Beberapa hari lalu, Xin Fu Tang, salah satu jenama yang meningkat naik telah mengeluarkan kenyataan bahawa minuman mereka telah disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia.

Dan tentunya kenyataan terbabit kembali menimbulkan teka-teki di kalangan ramai mengenai status halalnya di Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya adakah status Halal yang diiktiraf oleh Majelis Ulama Indonesia memberi makna ia juga disahkan halal di negara ini?

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Justeru, untuk mengelakkan sebarang persepsi mahupun spekulasi dari masyarakat, Siakap Keli telah menghubungi sendiri Bahagian Hab Halal JAKIM untuk memberi pencerahan mengenai isu ini.

Soalan dari pihak Siakap Keli

Penjelasan Dari Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Untuk makluman sehingga hari ini, premis makanan Xing Fu Tang di Malaysia masih belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Produk yang dikilangkan serta premis makanan yang berada di Malaysia perlu memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan pengguna.

Usaha murni pihak industri untuk memperoleh terlebih dahulu Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah pula adalah dialu-alukan.

Untuk mengetahui premis-premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my dan muat turun aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Jawapan dari Bahagian Hab Halal JAKIM
Sumber: Bahagian Hab Halal JAKIM

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)