Siakap Keli

Kanak-kanak Berusia 9 Tahun Cedera Selepas Dilanggar ‘Bison’ di Yellowstone

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun cedera selepas seekor bison melanggarnya di Taman Negara Yellowstone pada Isnin lalu, maklum pejabat perhubungan awam di taman itu.

Menurut kenyataan akhbar, kanak-kanak itu merupakan sebahagian daripada sekumpulan 50 orang disekitar Observation Point Trail di kawasan taman Old Faithful Geyser.

Kumpulan itu berkumpul di jarak lebih kurang 5 hingga 10 kaki dari bison itudan 20 minit sebelum kanak-kanak tersebut dilanggar oleh bison dan terpelanting ke udara.

Pegawai di taman itu memaklumkan bahawa keluarga kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Old Faithful Logdge untuk rawatan. Dia kemudian diberi pelepasan oleh Old Faithful Clinic dan dibawa pulang.

Pegawai di taman itu juga memberi amaran kepada pengunjung untuk berada di jarak 25 meter (75 kaki) dari semua binatang yang besar. Yellowstone merupakan rumah kepada 4, 527 bison, mengikut anggaran pada Ogos 2018.

Seekor lembu jantan yang beratnya mencecah 2,000 pound ada disana. Haiwan in boleh menjadi agresif dan boleh berlari hingga 30 batu per jam.

Sumber: CNN US

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Nur Farra