Siakap Keli

Lampin Bayi Era Baru, Boleh Pantau ‘Style’ Tidur Dan Air Kencing Bayi

Kebanyakan ibu bapa begitu cerewet dalam pemilihan lampin untuk digunakan kepada bayi mereka. Perkara ini kerana kualiti lampin yang baik akan dapat memberi keselesaan terhadap bayi mereka.

Terbaru, ciptaan diiringi teknologi semasa telah menghasilkan lampin pintar yang dijenamakan sebagai Lumi yang mampu memantau corak tidur bayi dan mengesan bayi membuang air. Menerusi fungsi ini, sudah pastinya aktiviti penjagaan bayi lebih dipermudahkan.

 

Produk terbaru ini dilaporkan terdiri daripada sistem yang disambungkan secara keseluruhan dan mempunyai dua sensor aktiviti utama iaitu kamera logitech yang berfungsi sebagai pemantau Wi-Fi dan juga aplikasi yang merekodkan segala data.

Setiap sensor ditempatkan pada bahagian bawah setiap lampin pintar ini dan mempunyai hayat bateri sekitar tiga bulan. Sensor tersebut berfungsi untuk mengesan air kencing bayi dengan memaparkan jalur kelembapan biru di luar lampin.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kamera logitech dengan revolusi dan audio yang tinggi bagi memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga dapat melihat sendiri suhu dan kelembapan bilik melalui aplikasi di dalam telefon pintar mereka.

Selepas ini, beban ibu bapa dapat diringankan kerana boleh membuat pemantauan terhadap anak mereka melalui aplikasi di dalam telefon pintar sahaja. Pastinya, produk ini akan dapat memberi keselesaan kepada ibu bapa serta anak mereka.

Sumber: Designboom

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra