Siakap Keli

Ngeri, Pelampung Gergasi Air Runtuh Hempap Kanak-Kanak Sehingga Maut

Sebelum ini, terdapat beberapa kejadian yang berlaku di taman tema permainan yang melibatkan kerosakan permainan sehingga ada yang meragut nyawa.

Baru-baru ini, satu lagi kejadian mengerikan berlaku melibatkan permainan gelongsor air di sebuah taman tema air di Fengda International Hot Spring Holiday Resort, China.

Ketika kejadian itu berlaku, gelongsor air gergasi tersebut tiba-tiba runtuh sehingga menyebabkan seorang gadis berusia lapan tahun terjatuh ke bawah lipatan gelongsor berkenaan. Akibat daripada itu, mangsa dilaporkan maut ditempat kejadian.

Menerusi satu rakaman yang diambil oleh pengunjung di situ, ibu mangsa kelihatan meraung-raung disamping tubuh anaknya sambil menjerit bagi mendapatkan bantuan.

“Panggil ambulans. Ada sesiapa yang memanggil ambulans?”

 

Kanak-kanak tersebut segera dibawakan ke Hospital Huangshan untuk mendapatkan rawatan namun semuanya sudah terlambat setelah dia dilaporkan meninggal dunia.

Ketika kejadian itu berlaku, mangsa dan ibunya bersama-sama pelancong lain termasuk orang dewasa dan kanak-kanak sedang bermain gelongsor air tersebut sebelum ianya runtuh. Selain mangsa yang maut, dilaporkan empat orang pelancong mengalami kecederaan.

Sehingga sekarang, kejadian tersebut belum dikenal pasti punca yang sebenar. Namun, seorang kakitangan wanita di situ memberitahu bahawa kejadian tersebut mungkin disebabkan oleh kesesakan walaupun bilangan pelancong telah dikawal pada hari kejadian.

Sumber: The Sun

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra