Siakap Keli
Kredit: The Sun

Rahim Terkoyak Ketika Main Gelongsor Air, Wanita Nyaris Maut Akibat Hilang Banyak Darah

Tenerife, Sepanyol – Seorang wanita nyaris maut setelah kehilangan 2.8 liter darah berpunca daripada koyakan 7 sentimeter pada rahimnya ketika bermain gelongsor air Kamikaze di taman tema Aqualand, di sini baru-baru ini.

Toni Steedman, 25 berkata, staf taman tema berkenaan tidak memberi amaran keselamatan kepadanya sebelum kejadian berlaku.

Ibu kepada dua anak itu bersama suaminya, Adam, 32 untuk menyambut hari lahirnya sebelum dia mengalami kecedaraan teruk dan dikejarkan ke hospital di mana dia mendapatkan tiga bekalan darah.

“Gelongsor itu cerun dan anggota penyelamat di sana tidak memberitahu saya untuk menyilangkan tangan dan merapatkan kaki.

“Gelongsor itu sangat laju sehingga saya merasakan seolah sesuatu memasuki ke dalam badan dan membuatkan saya berasa seperti perlu ke tandas.

“Apabila saya berdiri, darah mula mengalir di antara kedua-dua kaki dan meninggalkan jejak ketika saya berjalan dari kolam tersebut.”

Seorang saksi kejadian memanggil doktor untuk memeriksa wanita tersebut sebelum menyuruh wanita itu menutup semula kaki akibat darah yang mengalir.

Toni dibawa ke hospital Quirónsalud untuk pemeriksaan sebelum dipindahkan ke hospital lebih besar bagi menjalankan pembedahan menghentikan pendarahan rahimnya.

“Saya masih ingat berasa seperti mahu pengsan dan pening serta mereka memercikkan air kepada saya untuk membuatkan saya terus berjaga,” katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki patah tengkuk ketika menuruni gelongsor air menggunakan kepala terlebih dahulu di Aqualandia, Benidorm.

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.