Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Ramai Dapat Suami Bermasalah Sebab Pasangan Tak Ada 4 Kriteria Ini, Lelaki Kongsi Tips Pilih Suami

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkahwinan merupakan satu komitmen sepanjang hayat antara dua jiwa. Bagi sesetengah wanita, memilih suami ibarat satu perjudian. Sekiranya terpilih suami yang panas baran, kaki pukul dan tidak bertanggungjawab, teraniayalah sepanjang hayat.

Hal ini kerana proses penceraian tidak semudah ‘terjatuh cinta’. Setelah mempunyai anak, sekiranya tiada kasih sayang lagi antara suami isteri, masih ada wanita yang tetap bertahan atas alasan tidak mahu anaknya tidak berayah.

Tersilap memilih pasangan sama ada suami atau isteri bukan sahaja menjejaskan ibu bapa, tetapi boleh menjadi trauma kepada anak-anak yang hidup dalam keluarga berpecah belah.

Oleh itu, pemilihan pasangan hendaklah dilakukan dengan penuh berhati-hati. Seorang pengguna Facebook, Wan Syafiq Wan Zahidi telah berkongsi tips penting untuk wanita dalam memilih suami. Jom baca.

Banyak cerita pasal suami kat FB ni.. Ada suami pedofil, suami curang, mendera, suami itu ini..

80% kes suami durjana sebenarnya boleh agak suami itu bermasalah sebelum berkahwin lagi..

Saya pelik kenapa ramai perempuan rela berkahwin lelaki bermasalah..

Ni ringkasan asas nak pilih lelaki berisiko rendah jadi suami durjana :

1. Jaga solat
2. Kawan-kawan dia baik/ok
3. Jenis tak menipu
4. Jaga/hormat ibu bapa

Bonus : Tak merokok.. Sorry guys.. Majoriti perempuan lebih suka suaminya tak merokok.

Dr. Zulkifli Al-Bakri pernah menyatakan bahawa keluarga yang menjaga solat jemaah lebih rendah risiko untuk bercerai. (Kredit: Human Resources Online)

Benda ni kita boleh tahu kejap je.. tak perlu ambil bertahun untuk kenal.

Kalau tak percaya, tengok je kes-kes suami durjana ni, kebanyakan mesti ada masalah pada kriteria tadi..

Agak jelas bagi saya, tapi masih ramai perempuan rela kahwin jugak.. Adeh.. Susah nak brain..

Tak boleh pakai istilah cinta itu buta.. Sebab orang buta pun boleh menilai.

Cuma fikir.. Tu je.. Ramai yang taknak fikir.. Dok layan perasaan je masa buat keputusan kahwin.

Kalau rumahtangga bermasalah nanti, orang tak kesian sangat ke pasangan.

Kesian kat anak-anak.. Mereka tak bersalah.. Yang bersalah adalah ibu bapa..

Memang ada lelaki yang berjaya berubah lepas kahwin.. Tapi sangat sedikit..

Dan JANGAN bagi alasan “Dah jodoh, kawin je lah, jodoh tu ketentuan tuhan”..

Kalau begitu, cubalah bawa kereta sambil tutup mata dan kata “Ajal maut ditangan tuhan”. Asbabnya dari kita.

Kahwin itu berlayar kapal,
Nahkoda tiada karam semua,
Fikir dahulu sebelum menyesal,
Nanti anak yang tanggung derita.

Mengakhiri kirimannya, Wan Syafiq memohon maaf jika kiriman tersebut menyebabkan sesetengah lelaki terasa. Namun tegasnya, ia bukanlah untuk mengutuk kaum lelaki namun merupakan panduan kepada kaum wanita dalam memilih pasangan.

Ini bukan post kutuk lelaki, ini post guide untuk perempuan. Mungkin ada lelaki yang terasa, maafkan saya.. Kita improve sama-sama.

Sumber: Wan Syafiq Wan Zahidi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.