Siakap Keli
Kredit: Wikimedia/Rentokil

Selama Hidup, Sekarang Baru Tahu Kenapa Tahi Cicak Warna Hitam Dan Putih

Pap. Tiba-tiba rasa sesuatu jatuh atas kepala. Basah-basah. Rasa sejuk sampai kulit kepala. Tindakan refleks, ambil jari dan sapu….

Busuk! Tahi cicak rupanyaa.

Anda pernah dalam situasi ini? Pasti geram betul dengan cicak, kan?

“Dalam banyak-banyak tempat, seluas-luas kawasan, kepala aku yang tak sampai keluasan 1×1 kaki juga jadi tandas dia. Ini satu penghinaan!” Kata anda dalam hati sambil bertentang mata dengan cicak yang seolah-olah memandang sinis pada anda.

Takziah penulis ucapkan. Tidak mengapa. Sekurangnya ia boleh jadi detik muhasabah; secantik-cantik muka kita, se’smart‘ manapun rambut kita, akhirnya jadi ‘tandas’ cicak saja. Tak mulia mana pun kita.

Berbalik kepada topik asal, kenapa warna tahi cicak hitam dan putih? Kenapa tak kelabu, coklat atau hitam? Kenapa komposisinya berasingan, tidak seperti najis lain?

Hal ini kerana kedua-dua proses perkumuhan (pembuangan) sisa pepejal dan cecair haiwan berkenaan berlaku pada lubang yang sama. Titik putih itu merupakan asid urik yang telah terhablur (crystallized) manakala bahagian hitam merupakan sisa makanan yang telah dimakan.

Bagi manusia dan kebanyakan haiwan lain, asid urik biasanya akan dibuang melalui air kencing manakala serat makanan disingkirkan melalui tinja.

Nampak kecil, tetapi sebenarnya kemudaratan yang dibawa cukup besar. Tahi cicak membawa bakteria salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Maka, anda diingatkan untuk sentiasa membersihkan sayuran kerana debu daripada najis yang telah kering mungkin mencemari sayuran yang anda petik.

Sumber: Critter Control

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: