Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Space)

Terapung, Jauh Dari Bumi Lebih 20 Tahun, Macam Ni Rupanya Oksigen Dihasilkan Dan Angkasawan Bernafas Di ISS

Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS) telah mula dihantar dan dipasang di ruang angkasa sejak November 1998 sebelum mula didiami oleh astonaut untuk ekspedisi jangka panjang dua tahun selepas itu.

Tiga orang krew mendarat di ISS pada 2 November 2000 selepas berlepas dengan menaiki pesawat angkasa Rusia, Soyuz TM-31 dua hari sebelum itu sekaligus menjadikan mereka pasukan astronaut pertama yang mendiami stesen angkasa berkenaan.

Sejak ekspedisi yang digelar “Expedition 1” itu, ISS tidak pernah kosong daripada didiami oleh krew-krew angkasa dan para angkasawan sehinggalah hari ini.

Gambar Hiasan(Foto: NASA)

Seperti yang kita tahu, ruang angkasa tidak mempunyai udara. Jadi, macam mana para angkasawan ini bernafas semasa berada di ISS? Bagaimana pula ISS ‘menyimpan’ oksigen untuk kegunaan angkasawan selama ini?

OGS dan Elektrolisis

Menurut laman sesawang NASA, oksigen dihasilkan melalui satu sistem sokongan hidup yang dipanggil “The Space Station Environmental Control and Life Support System(ECLSS)”.

Di dalam sistem itu pula terdapat dua komponen penting iaitu Water Recovery System(WRS) dan Oxygen Generation System(OGS)Oksigen di ISS dihasilkan menggunakan sistem OGS melalui proses yang dinamakan elektrolisis.

Foto: Science ABC

Kita semua sedia maklum bahawa air terdiri daripada dua komponen berbeza iaitu hydrogen dan oksigen. Melalui proses elektrolisis ini, dua komponen ini akan diasingkan.

Dalam kata mudahnya, oksigen daripada air ini akan disimpan di dalam tempat penyimpanan oksigen untuk digunakan oleh para angkasawan.

Bagaimana dengan WRS pula?

Water Recovery System(WRS) atau sistem pemulihan air di ISS pula berfungsi untuk memulihara segala cecair yang telah digunakan angkasawan dan krew termasuklah peluh dan air kencing mereka.

Foto: Imgflip/Science ABC

Ya, air kencing dari angkasawan dan krew akan menjalani proses rawatan bagi ‘menyucikannya’ supaya selamat untuk digunakan kembali, termasuk untuk diminum.

Air-air yang telah dirawat juga akan disimpan di dalam tempat penyimpanan di bawah ECLSS, sama seperti oksigen.

Rak simpanan oksigen dan air ECLSS(Foto: Science ABC)

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat serba sedikit menjawab persoalan mengenai bagaimana para angkasawan dan krew menjalani hidup mereka semasa di Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS).

Sumber: NASA 1, NASA 2, NASA 3, Science ABC

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.