Siakap Keli

Video Gadis ‘Ramas’ Mee Segera Dalam Pasaraya Cetus Kemarahan

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman sebuah video menunjukkan tiga orang gadis sedang merosakkan mee segera di sebuah pasaraya dipercayai di negara jiran.

Video tersebut didakwa dirakam oleh salah seorang pelaku yang kemudiannya memuatnaik di Instagram Stories sebelum tersebar meluas di Twitter dan menimbulkan kecaman ramai netizen.

Dalam video yang berdurasi 12 saat tersebut, kedua-dua gadis itu dilihat secara rakus memicit dan menumbuk tangan mereka ke atas timbunan bungkusan mee segera untuk menghancurkannya.

Malah, turut kedengaran suara salah seorang gadis di dalam video berkenaan yang bertanya adakah terdapat orang lain di kawasan itu dan meminta rakan-rakannya untuk segera melakukan perbuatan yang dianggap tidak bermoral oleh netizen.

Rata-rata netizen yang berang turut meminta supaya pihak berkuasa negara berkenaan mengambil tindakan ke atas pelaku supaya memberi pengajaran kepada individu lain agar tidak melakukan perbuatan vandalisme yang boleh menjatuhkan maruah agama secara khasnya.

Tangan ringan seperti ingin menampar

Dah rosakkan lepastu sengaja upload, motifnya apa?

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.