Siakap Keli
Foto: SINDOnews

(Video)Lagi Kemalangan Taman Tema, Remaja Maut Jatuh Dari Permainan Tunggang ‘Kora-Kora’

Empat orang remaja telah terjatuh ketika bermain permainan yang digelar kora-kora, salah satu permainan tunggang berpusing 360 darjah di Pasar Malam Pekalongan, Jawa Tengah malam tadi.

Insiden itu tleah mengakibatkan salah seorang daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi remaja yang terjatuh cedera.

Remaja lelaki berusia 15 tahun yang terkorban telah dituntut oleh ahli keluarganya sementara mangsa yang lain kini sedang menjalani rawatan di Rumah Sakit Islam Pekajangan.

“Semasa kejadian berlaku, kora-kora berjalan seperti biasa. Akan tetapi, tiba-tiba terdengar suara jeritan kuat dan empat orang mangsa sudah berada di tanah selepas terjatuh,” jelas salah seorang saksi.

“Anak saya meminta izin untuk keluar bersama rakan-rakannya. Tidak lama selepas itu, saya dikejutkan dengan berita kematian anak akibat insiden ini,” kata bapa kepada mangsa yang terkorban.

Salah seorang mangsa yang selamat juga menceritakan pengalamannya terbabit dalam kejadian itu.

“Kami naik berlima dan memilih untuk duduk di bahagian paling hujung. Sebelum insiden, saya dapat rasakan kora-kora sedikit bergoyang. Tiba-tiba kami terjatuh dan saya tidak ingat apa-apa lagi mengenai kejadian selepas itu,” jelasnya.

Pihak polis Pekalongan pula belum mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana masih lagi menyiasat kejadian itu.

Baca: (Video)Lagi Kes Pengunjung Taman Tema Maut, Permainan Tunggangan Patah Dua

Sumber: SINDOnews

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.