Siakap Keli

5 Hal Yang Sering Dilakukan Oleh Golongan ‘Introvert’ Apabila Kecewa

Ketika bercakap tetang seseorang yang diklasifikasikan memiliki sifat dan sikap introvert, ada banyak keunikan dan kakarkter kuat yang ada dalam diri mereka.

Umumnya, golongan ini diketahui sebagai individu yang jarang bergaul atau bertemu dengan orang di sekelilingnya. Tidak tahu apa asas kepada perwatakan mereka ini, tapi kita tidak boleh memaksa golongan introvert ini untuk sukarela bergabung dengan para ambivert atau extrovert.

Seperti manusia pada umumnya, introvert pun memiliki perasaan agak keliru walaupun kita tidak sepenuhnya sedar akan hal itu kerana karakter mereka yang cenderung ditutup.

Sebab itu, ini adalah 5 hal yang biasa dilakukan oleh golongan introvert apabila mereka merasa kecewa atau bermasalah.

1. Menonton filem atau mendengar lagu kegemaran sepanjang malam

Perkara ini adalah salah satu cara yang biasanya dilakukan oleh golongan introvert ketika kecewa. Percaya atau tidak, mereka akan melakukan ini sepanjang malam. Bagi mereka, itu merupakan hiburan personal yang boleh dilakukan untuk menghilangkan perasaan kecewa yang dialami.

Golongan ini juga dikenali dengan karakter yang bebas serta persediaan yang matang dalam segala hal yang mereka perlukan, terutama pada masa sukar seperti mengalami kekecewaan. Mereka akan menyediakan aplikasi ‘streaming‘ untuk menonton filem apa yang sesuai, jenis filem, durasi filem sepadan dengan mood mereka. Demikian juga, ketika mendengar lagu.

2. Tidur adalah pilihan tepat ketika merasa kecewa

Selain menonton filem dan mendengar lagu kegemaran mereka, golongan ini juga biasanya melakukan hal-hal lain seperti tidur. Tidur adalah pilihan tepat bagi mereka yang merasa tidak mampu menahan perasaan kekecewaan itu.

Menurut mereka, tidur adalah tempat melarikan diri yang tepat seketika bagi melupakan apa yang dirasakan sambil memikirkan jalan keluar dari masalah di alam bawah sedarnya. Apabila bangun nanti, biasanya mereka sudah siap dengan tindakan yang sepatutnya dilakukan bagi menyelesaikan permasalahan yang melanda mereka.

 

3. Memikirkan sedalam-dalamnya tentang apa yang sebenarnya berlaku

Introvert juga dikenali sebagai seorang pemikir yang boleh dipercayai. Segala sesuatu akan difikirkan baik, buruknya, sebab dan akibat, dan mengapa hal itu boleh terjadi terhadap mereka.

Kerana karakter yang tertutup, tidak ramai yang boleh mendekati mereka secara mendalam. Maka, agak sukar untuk membantu mereka dalam pelbagai situasi.

Jika sedang kecewa, perkara yang tidak pernah lepas dilakukan adalah berfikir sedalam-dalam tentang apa sebenarnya yang berlaku. Mereka akan cuba mengaitkan bahagian setiap bahagain dengan peristiiwa-peristiwa yang mereka alami sebelum timbulnya sesuatu masalah itu.

Dengan itu, golongan ini boleh menyimpulkan masalah dan mendapat jawapan dari masalah yang menimpa mereka.

4. Tidak berkomunikasi dengan sesiapa

Untuk menenangkan hati dna minda, golongan introvert ini lebih cenderung untuk tidak bergaul dengan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak akan berkomunikasi dengan orang lain hinggalah perasaan mereka kembali pulih. Bagi mereka, berkongsi, meminta nasihat, berkomunikasi dengan orang lain boleh menambahkan lagi masalah.

Masalah yang timbul adalah, apabila mereka mendapat nasihat serta cadangan yang banyak serta pelbagai hujah timbul hingga membuatkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih jelas untuk mencari penyelesaian terbaik. Jadi jangan terkejut, apabila anda sukar untuk menghubungi mereka dalam keadaan tertentu.

5. Mencari ketenangan di tempat yang tidak terjangka

Sama dengan karakter yang senyap, tertutup bahkan misteri, membuatkan introvert lebih sukar untuk diramal.

Terutama, ketika mereka sedang dalam keadaan marah dan kecewa. Mereka biasanya tidak mudah untuk ditemui. Mereka cenderung untuk menghabiskan masa di kawasan atau tempat yang tidak terduga seperti, di atas bangunan, sudut perpustakaan, gudang tempat penyimpanan barang yang sudah tidak digunakan, tepi tasik, muzium, panggung wayang dengan filem yang tidak begitu popular, dan dalam almari pakaian. Untuk mencari ketenangan.

Kelihatan memang pelik, tapi itulah bagaimana sebenarnya golongan introvert yang tidak diketahui oleh orang lain.

Apakah anda mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang mempunyai karakter ini?

Sumber: IDN Times

Eyen Mirlen

write deeply from your heart