Siakap Keli

Awas, Nampak Macam Daging Biasa, Ini 9 Istilah Lain Daging Babi Selain ‘Pork’

Bagi umat Islam, pengambilan makanan yang halal adalah sangat penting kerana ia merupakan  salah satu tuntutan agama yang perlu dituruti.

Apabila melancong ke luar negara, pelancong Islam sering mengalami kesukaran untuk memastikan juadah yang dijamah tiada langsung kandungan daging babi.

Namun, sejauh manakah pengetahuan anda mengenai nama-nama bagi daging babi selain daripada pork?

Berikut merupakan senarai nama lain bagi daging babi yang perlu anda ambil tahu.

  1. Swine

Swine merupakan istilah yang digunakan bagi semua jenis masakan babi, tidak kiralah apa-apa jenis makanan seperti babi bakar, babi yang digoreng, dan babi guling.

2. Ham

Kita sering dimomokkan bahawa daging ham ialah daging yang dihiris nipis. Namun, bagi istilah antarabangsa, ham merupakan daging babi untuk bahagian paha.

3. Sow Milk

Selain daripada susu kambing dan susu lembu dalam pasaran, terdapat juga susu babi yang dipasarkan. Ianya boleh dikenali sebagai sow milk. Oleh itu, anda perlu teliti setiap kali membeli susu dengan melihat terlebih dahulu kandungan dan bahan di dalam susu tersebut.

4. Porcine

Bagi umat Islam, anda perlu meneliti deskripsi sesuatu makanan sebelum membuat tempahan di kedai makan. Perkara ini kerana juadah makanan yang mempunyai porcine mempunyai elemen daging babi di dalamnya. Ianya sering dijadikan sebagai minyak dalam masakan.

 

Gambar: Inlander

5. Hog

Setiap kali sebelum makan juadah yang jarang anda dapatkan, sila pastikan makanan tersebut bebas daripada kandungan Hog. Hog merupakan hidangan yang mengandungi daging babi dewasa yang mempunyai berat melebihi 50 kilogram.

Gambar: Beercan

6. Bak

Umumnya, masyarakat Tionghoa sering menggunakan istilah ini bagi menjenamakan masakan mereka. Sebagai contoh seperti Bak Kut Teh dan Bak Kwa. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan kandungan ini kerana terdapat roti yang menggunakan daging babi.

7. Char siu, cha shu, cha siu, char siew

Sila pastikan anda lebih berhati-hati sebelum menikmati juadah barbeku. Perkara ini kerana empat nama tersebut mempunyai kandungan daging babi.

Gambar: Pinterest

8. Butaniku

Sekiranya anda melancong ke Jepun, anda perlu berhati-hati dengan pemilihan makanan anda. Sekiranya anda mendapati sesuatu makanan itu dinamakan sebagai butaniku atau mempunyai kandungan butaniku, anda perlu menghindarinya kerana ia mempunyai kandungan daging babi.

Gambar: Flickr

9. Zhu Rou

Menurut bahasa rasmi Mandarin, Zhu membawa erti babi manakala Rou pula ialah daging. Sekiranya anda menemui nama Zhu Rou pada masakan, anda seharusnya menghindarinya.

Gambar: Yelp

Sembilan istilah lain bagi daging babi ini tidak boleh diambil remeh kerana anda mungkin terdedah kepada makanan-makanan yang mempunyai kandungan daging babi. Setelah mengenali semua istilah ini, anda pasti akan dapat menghidarinya.

Sumber: IDNTIMES

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra