Siakap Keli
Gambar Hiasan (Foto: Jabatan Perhilitan)

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kematian Spesis Harimau Malaya Si ‘Awang Besul’

Baru-baru ini tular satu video yang mengemparkan penduduk di sebuah perkampungan di Terengganu di mana kelibat seekor harimau ‘jinak’ yang diberi nama Awang Besul yang menarik perhatian ramai apabila dikatakan menjilat pipi salah seorang mangsa.

Walaubagaimanapun, dua hari selepas ‘Awang Besul’ disahkan telah mati selepas menerima rawatan dan perlindungan daripada Jabatan Perhilitan. Pemeriksaan mendapati haiwan tersebut berada dalam keadaan dihidrasi kerana terdapat luka pada kaki dan keradangan pada mata.

Ada benda yang perlu anda ambil tahu tentang kwujudan ‘Awang Besul’ ini supaya sebagai manusia yang prihatin dengan alam sekitar, kita dapat pengajaran daripada kisah ini.

Operasi mencari dan menyelamat Awang Besul telah menemuinya di dlaam hutan berhampiran Bukit Besi Dungun, Terengganu. Awang Besul kemudiannya di bawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak untuk rawatan lanjut.

Pada fizikalnya kita lihat kewujudan Awang Besul ini merayau-merayau, tidak agresif, jinak dan tidak menyerang. Mudah kata, ia dilihat seperti hilang sifat semulajadi. Sebaliknya, apa yang dihadapai oleh Awang Besul sangat menyayat hati kerana mengalami keradangan mata, kurang bermaya, tidak selera makan, selsema dan sawan.

Kematian Awang Besul disahkan dijangkiti dengan Canine Distemper virus (CDV)  iaiatu menyerang sistem penafasan, penghadaman dan saraf serta melenahkan sistem pertahanan badan dan akibat kematian.

Bagaimana Awang Besul Dijangkiti CDV, boleh disembuhkan?

Virus berjangkit daripada haiwan yang ada penyakit ini seperti Anjing. Untuk pengetahuan anda, tahap kesembuhan amat tipis dengan kebarangkalian yuntuk mati dalam tempoh 5 hingga ke 2 minggu. Rawatan yang perlu dilakukan adalah secara simptomatik ataupun rawatan sokongan.

Selain Harimau Belang, kehidupan liar atau haiwan lain juga mungkin boleh dijangkiti CDV ini iaitu musang, memerang, harimau dahan, singa dan anjing.

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga persekitaran supaya kita semua dapat selamatkan kehidupan lain terutamanya Harimau Malaya.

 

Sumber: Jabatan Perhilitan

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)