Seorang lelaki berumur 35 tahun telah ditemui mati di rumah beliau yang terletak di Hefei, dekat daerah Aunhui, China oleh kekasihnya.
Mangsa tidak lama sebelum itu telah menyiarkan secara live aksinya memakan makanan eksotik iaitu lipan, cicak dan cacing.
Lelaki itu didakwa melakukan sedemikian sebagai sebahagian daripada permainan yang dijalankan bersama pengikutnya di media sosial.

Dalam permainan itu, mangsa akan memutarkan roda bagi menentukan sama ada dirinya perlu memakan lipan, cicak, cacing, telur, cuka atau meminum arak.
Menurut sumber, lelaki tersebut dipercayai telah pengsan ketika live itu masih berjalan sebelum dijumpai kekasihnya dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Dalam pada itu, pihak polis memberitahu bahawa live itu masih lagi berlangsung ketika mereka tiba di tempat kejadian.

Malah, mereka juga menemui haiwan-haiwan yang didakwa telah di makan mangsa berhampiran dengan komputer miliknya.
Pihak polis kini masih lagi menjalankan siasatan mengenai kejadian manakala video mangsa juga telah dibawa keluar dari Internet.
Sumber: Mirror