Siakap Keli

Nak Buat Korban Tapi Haiwan Ternakan Kini Terlalu Mahal, Ikut Cara Ini Bakal Memudahkan Ibadah Korban Anda

Kedatangan Aidiladha saban tahun amat simbolik dengan satu ibadah yang amat dituntut di dalam Islam iaitu ibadah Korban. Ibadah korban membawa maksud menyembelih haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan unta pada 10 hingga 13 Zulhijjah dengan tujuan ber’taqarrub’ iaitu amalan yang dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah sunat Muakkad ini membawa pelbagai fadhilat kepada umat Islam serta membentuk peribadi mulia seperti ikhlas, sabar, belas kasihan dan juga bersyukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Ibadah korban yang paling baik ialah dengan melakukan sembelihan dan agihan di tempat sendiri. Walau bagaimanapun, ianya tidak menghalang bagi umat Islam yang berhasrat untuk menjalankan ibadah ini di luar negara. Walaupun ibadah ini hanyalah Sunat Muakkad, terdapat ramai umat Islam yang berkemampuan melaksanakan ibadah ini sebagai salah satu peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sudah jelas saban tahun, ibadah korban dilihat mendapat sambutan hebat dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Namun, sedarkah anda bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk melaksanakan Korban di luar negara. Perkara ini jelas dapat dilihat pada tahun 2018, data tidak rasmi yang dikumpul dari pengajur-penganjur Program Korban di Luar Negara memperlihatkan lebih RM31 juta nilai korban yang meliputi lembu dan kambing dilaksanakan di luar negara. Data ini menunjukkan peningkatan tiga kali ganda berbanding dua tahun lepas iaitu pada 2017.

Berdasarkan jumlah tersebut, telah dianggarkan lebih 90,000 rakyat Malaysia yang melaksanakan korban di luar negara pada tahun lepas. Jumlah ini didapati akan terus meningkat dari tahun ke tahun yang mendatang. Melihat kepada perkembangan ini, sudah pastinya terdapat faktor-faktor yang membuatkan ramai umat Islam di Malaysia cenderung untuk melakukan ibadah Korban di luar negara.

1. Harga Yang Jauh Lebih Murah

Berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat diiringi harga haiwan sembelihan yang semakin mahal, ramai yang menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak melaksanakan ibadah korban. Apa tidaknya, harga untuk satu bahagian korban di Malaysia pada tahun ini adalah di antara RM650 hingga RM700. Malah, nilai tersebut boleh mencecah antara RM750 hingga RM800 di sesuatu tempat yang lain.

Namun, adakah anda tahu, dengan RM600 anda boleh mendapat dua bahagian lembu sekiranya ibadah ini dilaksanakan di luar negara. Perkara ini kerana kebanyakan pengendali program Korban di Luar Negara hanya mengenakan RM300 hingga RM350 sahaja untuk satu bahagian lembu. Walaupun harga ini dianggap sebagai tidak logik, namun ianya hadir bersama dua sebab utama yang menyebabkan harga haiwan sembelihan di luar negara adalah lebih rendah berbanding di Malaysia.

  • Negara Penternak vs Negara Pengimport

Negara-negara seperti India, Republik Chad (Afrika Tengah) dan Bangladesh merupakan negara penternak lembu. Oleh itu, tidak hairanlah harga di sana jauh lebih murah dari Malaysia yang kebanyakannya mengimport lembu (dan kambing) dari negara-negara jiran dan Australia. Walaupun dapat dilihat terdapat banyak penternakan lembu di Malaysia, namun ianya masih belum dapat menampung permintaan tinggi rakyat negara ini yang merupakan pemakan daging, sekaligus menjadikan harganya masih tinggi.

  • Kadar Tukaran Matawang Asing

Mengikut kadar tukaran matawang asing semasa, Ringgit Malaysia sebenarnya lebih tinggi nilainya berbanding beberapa matawang negara-negara yang melaksanakan ibadah Korban seperti Bangladesh dan Chad. Disebabkan itu, tidak hairanlah harga Korban di negara-negara ini jauh lebih rendah dari Malaysia. Seperti contoh mudah yang boleh digambarkan, sekiranya rakyat Singapura ingin melaksanakan Korban di Malaysia, mereka hanya perlu membayar sekitar SGD200 ke SGD 250 iaitu sekitar RM600 hingga RM800 sahaja. Kos ini dianggap lebih murah berbanding dilakukan di negara mereka.

2. Masyarakat Yang Lebih Memerlukan

Melihat kepada umat Islam di Malaysia yang tidaklah begitu senang dan serba kekurangan, untuk menikmati makanan seperti daging atau ayam seminggu sekali bukanlah sesuatu yang mustahil.

Walaubagaimanapun, perkara sebegini sukar untuk dilihat pada umat Islam di negara-negara luar terutamanya negara yang umat Islamnya adalah minoriti dan tinggal di kawasan pedalaman seperti Kemboja, Filipina, Laos, Vietnam, Selatan Thailand dan juga India. Oleh itu, umat Islam di negara-negara ini jauh lebih memerlukan berbanding umat Islam di Malaysia.

Seperti di Kemboja, kebanyakan masyarakat Muslim tinggal di Perkampungan Nelayan yang mana pendapatan seharian mereka hanya cukup untuk menampung keperluan keluarga setiap hari. Oleh itu, untuk menikmati makanan lazat seperti daging walaupun sebulan sekali amatlah sukar. Belum lagi melihat kepada tempat-tempat yang mengalami krisis kemanusiaan seperti di Kem Pelarian Rohingya, Somalia dan banyak lagi, mereka ini jauh lebih memerlukan berbanding kita yang selesa dengan juadah enak yang dihidangkan.

Oleh yang demikian, sumbangan daging Korban dari Malaysia (dan beberapa negara lain) menjadi satu kegembiraan bagi mereka kerana dapat menikmati daging lembu mahupun kambing sebagai hidangan.

Walaupun kedua-dua faktor ini menjadi sebab utama kebanyakan rakyat Malaysia yang melaksanakan ibadah Korban di luar negara, harus disedari bahawa pelaksanaan ibadah Korban di tempat sendiri adalah lebih Afdal. Oleh itu, sangat disyorkan untuk melaksanakannya di tempat sendiri bagi yang berkemampuan. Ibadah Korban yang dilaksanakan di luar negara hanyalah sebagai alternatif bagi yang kurang mampu dengan harga pasaran di Malaysia. Maknanya, rakyat Malaysia yang berhasrat masih lagi boleh melaksanakannya di luar negara dengan kos yang mampu ditanggung.

Oleh itu, anda juga masih berpeluang untuk melaksanakan ibadah Korban pada tahun ini dengan kos yang mampu ditanggung. Anda tidak perlu risau kerana Zabeeh Services Sdn Bhd menawarkan kos ibadah Korban yang sangat rendah.

Zabeeh Services Sdn Bhd merupakan syarikat yang telah berpengalaman selama sembilan tahun dalam melaksanakan Aqiqah dan Korban rakyat Malaysia di negara-negara umat Islam yang jauh lebih memerlukan. Antara negara yang terlibat ialah seperti Bangladesh (Kem Pelarian Rohingya), Kenya, Kemboja, Bangladesh, Filipina dan juga Chad yang merupakan negara ketiga termiskin di dunia. Zabeeh Services Sdn Bhd juga lebih menumpukan kepada kem-kem pelarian dan juga kawasan pedalaman yang didiami oleh masyarakat yang lebih memerlukan.

Sudah pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini kerana selain ditawarkan harga yang jauh lebih murah oleh Zabeeh Services, anda juga dapat membantu masyarakat muslim yang lebih memerlukan tanpa rasa terbeban berikutan kos Korban yang tinggi. Bagi memuaskan hati anda semua, kami sertakan bersama harga korban bersama Zabeeh Services yang sudah pastinya lebih murah dari pasaran yang lain.

Satu Bahagian Lembu: RM290

Satu Ekor Lembu: RM2030

Satu Ekor Kambing: RM580

Melihat kepada kos murah yang dinyatakan, kami yakin bahawa anda akan berfikir semula untuk melaksanakan ibadah Korban pada tahun ini bersama Zabeeh Services. Jadi, apa tunggu lagi ? Rebutlah peluang ini supaya dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT dan juga melatih diri supaya menjadi Muslim yang bersyukur ke atas rezeki yang dikurniakan.

Klik sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran melalui website:

https://www.zabeeh.com.my/

Klik sini untuk bertanya atau terus daftar melalui WhatsApp

https://zabeeh.wasap.my

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa