Siakap Keli

Sedap Tapi Pedas, Rahsia Di Sebalik Masakan Pedas Yang Ramai Tidak Tahu

Makanan pedas sering menjadi pilihan sesetengah orang kerana rasanya boleh menambah selera ketika dijamah. Walaupun rasanya boleh menyebabkan anda menitiskan air mata, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada penggemarnya untuk terus menikmati.

Namun, tidak semua penggemar makanan pedas mengetahui punca sebenar rasa pedas yang dirasakan pada bahagian lidah mereka. Melalui perkongsian menerusi laman Facebook, seorang wanita menyingkap ‘situasi’ itu.

CILI DAN RASA PEDAS

Harini saya cuba menu baru ayam goreng McD 3x pedas. Fuh! Pedas dia memanglah boleh tahan. Tambah pula terkena pada bahagian lidah yang cedera dik kerana menghirup bubur ayam McD .

Tahukah anda apakah punca rasa pedas ini?

Punca rasa pedas dalam cili ialah disebabkan oleh kehadiran bahan kimia semulajadi iaitu capsaicin (rujuk gambar molekul di bawah). Ianya merupakan bahan kimia utama dalam cili yang memberikannya rasa pedas. Maka, semakin banyak kandungan capsaicin dalam cili, semakin pedas rasa cili tersebut.

Apakah sifat kimia capsaicin?

Capsaicin merupakan bahan kimia dari kumpulan berfungsi alkaloid yang dikenali juga dengan nama capsaicinoids. Alkaloids biasanya bersifat basic. Namun kerana kehadiran kumpulan carbonyl (C=O) bersebelahan dengan atom nitrogen ( N) dalam struktur kimia capsaicin menyebabkannya bersifat acidic (rujuk gambar molekul di bawah).

Untuk bacaan lebih lanjut dalam klasifikasi asid dan bes bahan serta kaitannya dengan bahan kimia capsaicin, bolehlah baca di pautan ini 

https://www.facebook.com/100000727466295/posts/2334080226626203?s=100000727466295&sfns=mo

Capsaicin diasingkan dari cili dan dikenali pertama kali pada tahun 1876. Struktur kimia capsaicin mempunyai ekor panjang yang bersifat hydrophobic (tidak memggemari air) yang membolehkannya larut dalam minyak, lemak atau larutan organik.

Semasa makan ayam goreng McD 3x pedas ini, bahan kimia capsaicin yang terkandung dalam perencah tepung gorengan akan membuat ikatan dengan tisu kulit dalam mulut kita. Ikatan ini akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa panas dan sakit sederhana di kulit lalu menghantar maklumat ke otak. Otak akan mentafsir ianya sebagai rasa panas. Mekanisma ini akan membuatkan kita berasa pedas aka “burning sensation”.

Selain daripada rasa pedas di mulut, kesan pengambilan capsaicin boleh menyebabkan sakit perut kepada sesetengah individu. Untuk mengurangkan kesan ini, anda bolehlah ambil makanan pedas bersama dengan susu (saya biasa dengan susu segar).

Ini kerana susu mengandungi lemak protein casein yang boleh meneutralkan capsaicin. Maka cepatlah hilang rasa pedas di mulut dan kuranglah rasa sakit perutnya.

*Semoga bermanfaat*

Nota kaki: sempat berposing dengan anak saya yang berwajah Korea 

#drfatimahsalim
#ahlikimia
#penggemarayamgorengMcD

Rujukan:
1) Ann M.Bode and Zigang Dong, 2011. The two faces of capsaicin. Cancer Research.
2) Szallasi A, Eid SR., 2007. The vanilloid receptor TRDV1: 10 years from channel cloning to antagonist proof-of-concept. Nat Rev Drug Discov, 6.

Walau bagaimanapun, rasa pedas masih mempunyai ramai peminat yang tidak henti-henti mendapatkannya. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan masakan pedas sering menjadi tumpuan ramai orang terutamanya di kedai-kedai makan.

Sumber: Fatimah Salim

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra