Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Confused)

Tuan Terlupa, Tiga Ekor Anjing Ditemui Mati Dalam Kereta Akibat Kepanasan Dalam Suhu 50 Darjah Celcius

Seorang wanita berusia 65 tahun berdepan tuduhan mendera haiwan selepas didakwa meninggalkan tiga ekor anjing peliharaannya di dalam kereta sehingga mati.

Anjing-anjing itu dikatakan terkurung tanpa sebarang air, penghawa dingin serta tingkap tertutup sekaligus menghalang udara masuk.

Lebih menyeksakan lagi, suhu di dalam kereta berkenaan ketika itu dilaporkan adalah sekitar 54° Celcius.

Kawasan kejadian(Foto: MetroUK)

Anggota kecemasan dan orang ramai cuba untuk menyelamatkan anjing-anjing berkenaan tetapi mereka disahkan mati sebaik tiba di Newport Animal Hospital, Rhode Islands.

Tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh anjing itu terkurung di dalam kereta berkenaan, tetapi pihak polis menjangkakan ia adalah tempoh yang agak lama.

Pemilik anjing itu kini bakal berdepan tiga tuduhan penderaan haiwan yang boleh menyebabkannya dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda $1000 untuk setiap tuduhan.

Dia dibebaskan selepas diambil penerangan dan diwajibkan hadir ke mahkamah pada satu tarikh yang tidak didedahkan.

Sumber: MetroUK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.