Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Tunggu Ibu Di Syurga Ye Nak”, Luluh Hati Ibu Anak 8 Bulan Maut Didakwa Lemas Dalam Baldi Di Pusat Jagaan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran dan ujian hidup. Tambah-tambah lagi bila kita dengar tentang pemergian orang yang paling disayangi. Pastinya keperitan dan kesakitan yang dirasai akan membuatkan satu dentuman yang kuat bagai halilitar yang memcahkan gunung-ganang.

Lebih menyedihkan apabila kita kehilangan anak yang kita telah menatang bagai minyak yang penuh dan pernah ada dalam jalur kehidupan terindah sebagai fasa ibu bapa. Walaupun perit yang dirasai kerana belum puas memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak kecil yang suci tanpa dosa.

Kisah yang pilu ini diceritakan oleh sekumpulan yang mengurus jenazah daripada laman Facebook Unit Khas Van Jenazah menceritakan tragedi anak kecil berusia 8 bulan yang didakwa meninggal dunia akibat lemas dalam baldi di bilik air di sebuah pusat penjagaan.

Hati ibu mana yang tidak hancur melihat sekujur tubuh kaku insan tiada dosa yang pergi buat selama-lamanya. Rasa sayu, sedih melihat jenazah bayi itu dengan kesan jahitan hasil daripada proses bedah siasat.

 Rayyan tunggu ibu di Syurga,”tunggu ibu ye nak di Syurga”.

Tiada ungkapan yang sesuai melainkan sebak sahaja. Sungguh tersentuh hati melihat perbualan si ibu dengan jenazah anak kecilnya itu. Ada juga ahli unit sehinggakan menahan air mata kerana si ibu menangis dan berkali-kali sebut ayat seperti di atas.

Seperti yang dimaklumkan kepada unit sukarelawan ketika ditemu bual, beliau menghantar bayi lelakinya ke tempat rumah penjagaan kanak-kanak berbayar berhampiran rumahnya di Shah Alam.

Si ibu dimaklumkan oleh pihak pengasuh bayi lelakinya telah meninggal dunia kerana lemas didalam baldi dibilik air tempat anaknya diasuh dan dijaga. Hati ibu mana yang boleh menerima berita kematian sebegitu?

Oleh kerana si ibu adalah dari golongan ibu tunggal unit kami memikul segala amanah yang terletak diatas bahu untuk membantu.

Amanah yang diberi kepada unit sukarelawan unit khas van jenazah telah ditunaikan sebaik mungkin.dari khidmat mandi,kafan,solat jenazah sehingga bacaan talqin dilaksanakan sendiri oleh unit sukarelawan tanpa sebarang bayaran!

Mungkin sudah tertulis di Sana tentang pemergian si kecil ini, biarpun ajal di tangan Tuhan tetapi janganlah pula kita memandang remeh dengan kecuaian yang berlaku.

Sumber : Unit Khas Van Jenazah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)