Siakap Keli

(Video) Tular Video Aksi Berbahaya Pemandu Lawan Arus Dirakam Pengguna Jalan Raya

Aksi pemanduan berbahaya seorang pemandu sebuah kereta Proton Saga telah dirakam dan menjadi tular di Facebook baru-baru ini.

Menurut laman FB Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian ini dipercayai berlaku di Rawang Bypass.

Polis buru pemandu lawan arus Rawang BypassRAWANG – Pemandu Proton Saga yang berhati kering apabila memandu kereta secara melawan arus di Rawang Bypass di sini, tular di media sosial hari ini.Rakaman berdurasi 47 saat itu dikongsi pemilik akaun Facebook Rawang Discovery Channel.Aksi kenderaan yang masih belum dikenal pasti itu dikatakan dipandu secara berbahaya sebelum membuat pusingan U menghala ke Pekan Rawang.Video tersebut ditonton lebih 6,200 pelayar Facebook dengan 92 tanda suka dengan 88 perkongsian sehingga jam 4 petang tadi.Ia mengundang pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan tindakan berbahaya pemandu tersebut."Mungkin dia (pemandu) tak tahu jalan, salah jalan," tulis pemilik akaun, Kwok Jooi Tan.Tak kurang yang mengecam dengan mengeluarkan ayat sindirian."Orang itu dah gila, ” tulis Julie Jerssica.“Kubur kirim salam," tulis Shahril Adzim.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung isu tersebut.“Sehingga kini tiada apa-apa laporan polis berhubung isu ini diterima.“Pihak polis masih berusaha mengesan pelaku terbabit. Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat, sila maklumkan kepada kami untuk tindakan lanjut,” katanya.▶️Sinar Harian#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, 24 July 2019

Dalam video berdurasi 47 saat itu, Proton Saga itu telah memandu melawan arus di jalan berkenaan sebelum dilihat membuat pusingan U di akhir video.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai waktu sebenar kejadian tetapi setakat 12 tengahari hari ini, video tersebut telah menerima lebih 75000 tontonan.

Kejadian seperti ini bukanlah pertama kali berlaku. Sebelum ini, beberapa kes sama pernah berlaku dan ada di antaranya yang mengakibatkan kemalangan.

Diharapkan agar kita semua sedar akan bahaya perbuatan ini bukan sahaja kepada diri kita, tetapi juga mampu mengancam nyawa pemandu lain.

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.