Siakap Keli
Gambar: AboutIslam.net

Bahagia Itu Akan Hadir Sendiri, Amalkan Tiga Perkara Ini Setiap Hari Untuk Kekal Bahagia

Sudah menjadi lumrah manusia, setiap orang pastinya mengimpikan kehidupan yang bahagia walaupun menyedari terdapat pelbagai ujian yang menghalang. Kebahagiaan boleh datang daripada pelbagai bentuk termasuk daripada segi kesihatan tubuh badan, kewangan, dan juga kelancaran hidup.

Sebagai umat Islam, pegangan agama yang kuat menjadi kunci utama bagi kebahagiaan seseorang sehingga boleh mempengaruhi orang lain juga. Selain itu, keberkatan di dalam hidup juga sangat penting bagi meraih kebahagiaan.

Menerusi perkongsian video ini, dapat kita lihat tiga perkara yang boleh diamalkan untuk menikmati keberkatan di dalam rumah tangga yang secara tidak langsung kebahagian akan hadir dengan sendirinya.

Sesebuah rumah memerlukan tiga perkara untuk diamalkan. Ia adalah:

1. Membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat setiap hari.

Adalah lebih baik sekiranya seisi keluarga duduk bersama-sama untuk setiap orang membaca sehelai muka surat al-Quran. Ia juga tidak memakan masa yang lama kerana sehelai muka surat al-Quran hanya memerlukan masa lebih kurang 2 minit sahaja.

2. Membaca sekurang-kurangnya satu hadis Nabi SAW.

Sebaiknya, setiap rumah orang Islam perlulah dihiasi dengan bacaan satu hadis Nabi SAW sekurang-kurangnya satu hadis. Anda juga tidak perlu risau kerana satu hadis yang dibaca pada setiap hari tidak memerlukan masa yang lama.

3. Beristighfar atau berselawat ke atas Nabi SAW sebanyak 100 kali.

Sudah pastinya, perbuatan ini akan membuatkan dada anda lapang dan juga hati anda menjadi tenang. 


Tiga perkara ini sangat digalakkan untuk diamalkan oleh setiap orang supaya sesuatu keluarga itu mendapat keberkatan dan seterusnya mencapai kebahagiaan di dunia serta di akhirat.

Sumber: Murtajim Clips

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra