Siakap Keli

Bukan Saja Di Malaysia, Tempat Lain Pun Buat Hal Lepas Langgar Lampu Isyarat, Seret Polis Atas Kereta

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kereta ala Myvi jenama Sirion menyeret seorang anggota polis pada bahagian cermin hadapan keretanya.

Dalam video yang berdurasi 11 saat, kereta berkenaan dilihat memandu laju sambil anggota polis tersebut berada dalam keadaan meniarap di atas cermin sebelum tergelincir ke bawah.

Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pasirkaliki , Kota Bandung, Jawa Barat, anggota polis yang dikenali sebagai Brigadir Natan Doris dikatakan cuba menahan pemandu berkenaan yang melanggar lampu isyarat di kawasan tersebut.

Pemandu kereta yang panik dengan situasi itu terus memecut kenderaannya namun dihalang oleh Brigadir Natan yang terus melompat pada bahagian hadapan cermin kereta sebelum diheret hampir 100 meter di atas jalan raya.

Mujurlah, anggota polis itu tidak mengalami sebarang luka kecederaan.

Jom tonton video di bawah :

Sumber : Line Today, Instagram

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra