Siakap Keli
Gambar Hiasan

Dulu Diejek Rakan Sebagai Anak Pendatang, Gadis Ini Kini Bergelar Graduan Kelas Pertama Universiti Essex

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jangan sesekali kita memperendahkan status seseorang tentunya kita tidak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Walaupun sering diejek oleh rakan-rakan sebaya sewaktu kecil sebagai anak pendatang, namun semangat untuk mejadi seorang insan berjaya dapat dibuktinya.

Kisah mengenai seorang gadis berumur 23 tahun pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian Kelas Pertama ini telah bangkit dan buktikan kepada orang ramai bahawa bukan semua anak ‘pendatang’ tidak boleh berjaya.

Kisahnya dikongsikan oleh Khairul Aiman menerusi laman Facebooknya mengenai gadis yang bernama Nur Ain berasal daripada Terengganu ini boleh dikatakan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar yang tinggal di pedalaman dan kampung bahkan dia juga menceritakan duka dan suka sebelum bergelar pelajar Kelas Pertama daripada Universiti Essex, London.

Sebelum ayahnya berkahwin dengan ibunya, dia merupakan seorang perantau dari Medan berturunan Batak Karo. Merantau jauh dari negara ke sebuah negara akhirnya menetap di Terengganu dan berkahwin dengan ibunya yang berasal dari Terengganu.

Walaupun awalnya, ayah gadis ini baru bertatih dalam Islam, namun kecekalan mereka dari awal mengucap syahadah hinggalah azan untuk cahaya mata, semuanya kecintaan pada Islam.

Dulu bang, Ain tak faham apa yang orang kampung kata masa dekat sekolah. Semua orang panggil Ain dengan adik beradik PATI. Ain diam je. Ingatkan dia gurau-gurau je. Sikit-sikit PATI, sikit-sikit PATI. Bertahun juga orang panggil, Ain diamkan je. Bila dah besar sikit baru faham. Dia kelaskan kita sebagai orang luar. Pendatang. Kelas kedua.

“Masa mula-mula, Ain fikir juga apa yang lainnya kita ni. IC sama biru, bahasa sama cakap Terengganu. Tapi bila tahu, rupanya sebab ayah Ain keturunan Batak.Mereka panggil Ain macam-macam. Ain tetap diam”.

Abang kakak awak macam mana?

Abang paling teruk, dia pendiam. Kena sabotaj motor, cermin hilang. Ada yang letak sampah atas kepala, kena cemuh. Abang biasa pendam, kalau dia kena dekat sekolah atau luar sekolah, kami tahu. Reaksi dia lain, tapi dia pendam tak cakap. Kemuncaknya, abang kena pukul. Habis merah berdarah baju sekolah dia. Kami semua terkejut. Lepastu terus tukar sekolah.

Jadi kami satu keluarga ada antara kami je. Kami tak ada orang lain bang. Susah senang, jerit pedih semua antara kami. Keluar rumah tu, macam sempadan tak bertepi.

Perit yang dirasainya apabila ayahnya jatuh sakit dan tidak mampu menyara keluarga. Jadi, sejak dari kecil gadis ini bertungkus lumus mencari rezeki bersama ibu tercinta semata-mata untuk jadikan wang belanja.

Pernah masuk hutan semta-mata mencari pucuk paku untuk dijual seikat 50 sen. Gadis ini juga pernah melakukan kerja angkat buah kelapa sawit, susun pelepah sawit dan membaja. Walaupun pernah peroleh Rm 5 untuk seguni kelapa sawit.

 Jerih, anak gadis ini berjuang demi wang. Sedang aku seusia dia, cuma pernah kerja kedai makan dan sudah rasa terlalu payah.

Dari sekolah rendah dulu kalau Ain balik rumah, memang tak ada makanan. Apa yang ada dekat rumah biasanya mak akan masak malam, dan kami makan apa hasil yang dapat. Jadi, makanan bukan satu keutamaan bang. Sebab tu dah terbiasa.

Pernah diperlekehkan dengan orang kampung, namun kuasa Tuhan itu adil tunjukkan kepada orang kampung di mana kesemua adik beradiknya dapat masuk universiti paling dibanggakan lagi anak bongsu inilah, gadis bernama Nur Ain Hidayani.

 

Sumber: Khairul Aiman , Nur Ain Hidayani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)