Siakap Keli

Harga Runcit Petrol Ron97 Turun, Ron95 Dan Diesel Kekal

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Julai 2019 sehingga 2 Ogos 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 11 sen seliter iaitu daripada RM2.67 seliter kepada RM2.56 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.31 seliter masing-masing. Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas di mana harga runcit produk petrol RON95 berada pada paras RM2.37 seliter dan diesel pada RM2.37 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Kerajaan menurunkan had paras harga RON95 daripada RM2.18 seliter kepada paras baharu RM2.08 seliter. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 27 Julai 2019 sehingga 2 Ogos 2019 adalah berjumlah RM90.48 juta.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)