Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ibu Bapa Patut Tahu 5 Tanda Anak Mula Jadi ‘Bos’ Dalam Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi pasangan yang berkahwin, kehadiran anak-anak adalah harta yang tidak ternilai. Apa segala yang diingin mereka kita akan tunaikan walaupun ia di luar jangkaan kehendak sehinggakan terpaksa korbankan wang ringgit. Mudah kata kita sebagai ibu bapa terlalu manjakan mereka.

Namun, pernah tak anda terfikir dan rasa semasa mereka meningkat usia, perangai dan sifat mereka seakan ‘boss’. Mana taknya, semua barang atau kehendak mereka mesti kita akan turuti jika tidak mereka akan buat perangai atau mengamuk.

Selalunya anak-anak yang bersifat seperti ini, kanak-kanak yang menjadi tumpuan keluarga iaitu berkemungkinan anak sulung, cucu sulung, anak tunggal atau satu-satunya anak lain jantina.

Ikuti perkongsian daripada Dr Taufiq Razif yang berkongsi tentang tanda-tanda anak kita mula menunjukkan sifat ‘boss’ kepada kedua ibu bapanya.

1. Bila mak ayah tak sampai hati nak sekat kebebasan anak dan bagi je anak tu nak buat apa sesuka hati mereka padahal perkara macam ni adalah sejenis Permissive Parenting. Ianya akan merosakkan anak tu suatu hari nanti.

2. Bila mak ayah dah tak berani nak tegur kesalahan anak sebab nak jaga hati anak padahal anak kita sangat perlukan Guidelines daripada mak ayahnya baik daripada segi pengurusan diri hinggalah kepada pengurusan emosi.

3. Bila mak ayah terlalu takut untuk membuat peraturan di dalam rumah padahal mak ayah adalah Person In Charge di dalam rumah, bukannya anak anak.

4. Bila mak ayah tunaikan semua permintaan anak tanpa batas kerana terlalu sayangkan anaknya padahal anak yang tak belajar berhadapan dengan Rejection akan mudah berputus asa.

5. Bila mak ayah terlalu sayangkan anak sehingga merelakan dirinya dipijak kepala padahal anak kita sebenarnya perlukan seorang Leader untuk dijadikan idola dalam hidupnya, bukannya seorang pekerja apatah lagi hamba.

Untuk mengatasi tingkah laku anak ini, kita sebagai ibu bapa harus mengubah sikap kita dahulu. Sifat anak-anak di atas kerangsangan ilmu yang di ajar oleh ibu bapa sendiri.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)