Siakap Keli
Gambar: SingHealth

Jaga-Jaga Nafas Bunyi Macam Dengkur, Mungkin Petanda Kanser

Kesihatan tubuh badan sangatlah penting dan perlu dijaga dengan sebaik mungkin supaya tidak mudah terkena penyakit terutama penyakit kronik seperti kanser.

Selain bahagian luaran, bahagian dalaman tubuh juga perlu dititik beratkan. Hal ini sangat penting kerana kita takkan tahu keadaan dalam badan selagi tak lihat secara langsung.

Perkongsian Dr. Ezairy membuka mata kita dengan visual kotak suara yang dikeluarkan oleh seorang pesakit yang mengalami masalah larinks. Apa itu larinks?

Pesakit saya ini umurnya sudah lebih tujuh puluh tahun. Dah tiga bulan nafasnya berbunyi, macam orang berdengkur, suaranya pun jadi berubah. Tersangkut-sangkut. Jadi tak jelas nak dengar macam itu.

Suatu hari, masalah beliau menjadi lebih kritikal. Sesak nafasnya menjadi lebih teruk. Beliau terpaksa dibawa ke hospital. Mujur anak-anak semuanya perihatin.

Ujian endoscope pada beliau menampakkan tanda-tanda yang ‘membimbangkan’ pada kawasan larinks beliau. Kami ambil sampel itu, hantar ke makmal.

Beberapa hari kemudian, keputusan ujian biopsi yang keluar adalah seperti mana yang kami risaukan. Ia adalah sejenis malignant cancer! Kami uruskan pula ujian CT scan secepat mungkin dan beliau perlu disegerakan dan dipersiapkan untuk dibedah.

Hari ini, Alhamdulillah kami berjaya melakukan pembedahan tersebut. Kami keluarkan larinks pesakit ini, bagi membolehkan sel kanser ini tidak terus merebak. Pembedahan yang dipanggil ‘total laryngectomy’ ini perlu kepada team yang kuat dan saling membantu. Hari ini team kami diketuai oleh Prof Zul yang banyak beri tip-tip berguna.

Anda yang ada masalah dan simptom seperti pesakit saya ini, jangan teragak-agak untuk dapatkan pemeriksaan doktor segera. Anda boleh dibantu.

Dr. Ezairy M.Sallih
ENT team, Pusat Perubatan Universiti Malaya

* Sebenarnya kami nak ambil group photo selepas operation tadi. Masing-masing dah kepenatan sampai terlupa.

Orang ramai sangat dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan doktor sekiranya mendapati terdapat tanda-tanda dan simptom seperti nafas berbunyi dalam tempoh masa yang agak lama. Langkah ini supaya masalah yang dihadapi tidak akan merebak dan menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra