Siakap Keli

”Laju Sampai Nampak ‘Bumper’,” JPJ Pesan Jangan Malu Waktu Bayar Saman

Pemasangan kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) di jalan raya berfungsi bagi mendisiplinkan pemandu untuk mematuhi had laju yang ditetapkan.

Di lokasi yang terdapat kamera AES, para pemandu secara automatik akan memperlahankan kenderaan kerana takut disaman kerana memandu melebihi had laju yang boleh dikenakan hukuman denda.

Namun, terdapat juga beberapa individu yang degil dan tetap memandu laju tanpa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, perlakuan pemandu yang tidak sopan juga seringkali tertangkap di kamera seperti perkongsian di bawah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

PESANAN KEPADA OKS (Orang Kena Saman)

DISAMPING MEMATUHI HAD LAJU YANG TELAH DITETAPKAN, SIKAP SOPAN SANTUN PERLU ADA DI JALAN RAYA. Nanti nak bayar saman, terasa malu dan segan di kaunter. #gocashlesschallengeJPJ

Sementara itu, rata-rata netizen, turut membanjiri ruangan komen dengan mengecam tindakan pelaku yang berpakaian kurang sopan.

”Duit tak ada, malu pun kami takda”

”Sempat kau tarik turun seluar tu..”

”Call orang dalam suruh bayar, hilang la malu..”

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra