Siakap Keli

Lidah Budak Lelaki Ini Bertukar Jadi Hitam Akibat Tersekat Pada Botol Air

Kejadian yang agak aneh ini terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia 6 tahun apabila lidahnya terlekat pada penutup botol minumannya. Hal ini telah menyebabkan ibu kepada kanak tersebut cemas dan meminta pihak hospital segera untuk menanggalkan penutup botol daripada lidah anakny itu.

Lidah membengkak dan terus bertukar warna kepada hitam dan menyebabkan kanak ini sukar untuk berbicara.

Bagi ibunya, ini adalah peristiwa hitam dalam hidupnya di mana dia terlalu panik dengan kejadian yang berlaku kepada anaknya itu. Katanya lagi, dalam keadaan cemas dia masih boleh menenangkan anaknya yang menahan kesakitan akibat lidahnya tersepit pada penutup botol.

 

Dengan pantas doktor mengeluarkan penutup dari lidah anak kecil ini. Menurut doktor, jika ia terlambat akan menyebabkan kematian kerana ia menangkap pada jantung anak kecil ini.

Pakar bedah berkata, ini adalah kes yang paling serius pernah mereka kendali dan perlu diberi amaran kepada pengguna jika terjadi seperti ini akan membawa kepada kematian.

Bagaimanapun, keadaan stabil dan bengkak pada lidah sudah surut sementara dia mula untuk bercakap secara normal.

Ibunya menasihkaan kepada para ibu untuk berhati-hati membeli botol minuman untuk anak bawa ke sekolah, kerana tidak semua selamat untuk keselamatan anak di sekolah.

Sumber: Metro.co.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.