Siakap Keli

Orang Dah Jadi Jutawan, Tapi Kita Masih “Struggle” Bertahun-Tahun, EIMS Bakal Dedahkan Sebabnya

Bidang perniagaan dilihat sebagai salah satu bidang yang dapat memberi pulangan yang lumayan kepada pengusahanya. Namun, disebalik pulangan tersebut, terdapat pelbagai langkah dan inisiatif bijak yang perlu diambil oleh para peniaga bagi memastikan permintaan terhadap produk mereka meningkat dari semasa ke semasa.

Bertepatan dengan pelbagai kecanggihan teknologi pada masa kini, ramai peniaga yang memilih untuk memasarkan produk mereka di alam maya kerana mudah disebarkan kepada ramai orang. Namun, tidak semua peniaga mampu untuk memasarkan perniagaan mereka dengan baik di dalam internet sehingga boleh menjejaskan perniagaan mereka. Sepatutnya, peniaga ini perlu didedahkan dengan strategi pemasaran terutamanya pemasaran digital bagi merancakkan lagi perniagaan mereka di dalam talian.

Memahami akan situasi ini, Exabytes Network Sdn Bhd dengan kerjasama DotAsia Organization akan menyediakan satu platform yang hebat bagi mendedahkan rahsia pemasaran kepada anda. Exabytes Internet Marketing Summit 2019 (EIMS2019) yang  akan dianjurkan bakal membongkar rahsia strategi pemasaran terutamanya pemasaran digital melalui atas talian kepada anda. Berikut merupakan butiran program tersebut:

Program: Exabytes Internet Marketing Summit 2019 (EIMS2019)

Tarikh: 8 Ogos 2019 (Khamis)

Tempat: Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cyberjaya

Tema yang akan digunakan bagi penganjuran pada kali ini ialah “Storytelling in the Digital World”. Tema ini bersesuaian dengan strategi pemasaran yang memerlukan kemahiran bercerita dalam kalangan peniaga bagi menarik minat pembeli untuk mendapatkan produk yang anda tawarkan. Anda juga akan didedahkan dengan pelbagai kaedah ‘bercerita’ yang boleh dimanfaatkan dalam pemasaran produk anda.

Peluang keemasan sudah terhidang, mengapa perlu tunggu lagi ? EIMS pada kali ini cuma membuka peluang kepada 1000 penyertaan daripada pelbagai sektor dan bukan sahaja dari Malaysia, namun turut melibatkan peserta dari seluruh dunia. Anda juga pasti tidak mahu terlepas peluang untuk menimba ilmu daripada kira-kira 35 orang pakar dalam bidang masing-masing. Disamping itu, anda juga dihidangkan dengan kira-kira 20 peserta pameran yang mewakili organisasi masing-masing.

Melalui dua bengkel yang dijalankan, anda bakal didedahkan dengan pelbagai strategi perniagaan seperti strategi perniagaan di media sosial, merangka laman sesawang menggunakan WordPress, membina hubungan dengan pelanggan dan banyak lagi. Antara penceramah yang terlibat dalam bengkel tersebut adalah seperti berikut:

Edmon Chung, CEO, DotAsia Organisation


• Allan Phang, Head of Esports, AirAsia


• Eddy Han, Country General Manager, Shopback Malaysia

 

• Carliff Rizal Carleel, CEO & Co-founder, Automate Malaysia

• Meredith Wallace, Business Development Lead, Google
• Wong Weng Wai, Marketing Manager, iCar Asia
• Jeremy Chew, Head of Content Marketing Malaysia, iPrice Group
• Stephanie Caunter, Head of Marketing, ada
• Raushida Vasaiwala, General Manager, Celtra, Inc.
• Desmond Ngai, Senior Vice President, Global Alliances, WebTVAsia
• Nakata, CEO, Interspace Digital Malaysia Sdn. Bhd.
• Khushboo Nangalia, Founder & CEO, beyond99

Menariknya dalam penganjuran kali ini adalah EIMS2019 mendapatkan kerjasama daripada DotAsia yang merupakan alamat sesawang rasmi yang menghubungkan komuniti Asia Pasifik di seluruh dunia. Selain itu, ianya terbuka kepada semua perniagaan, individu, organisasi yang mencari peluang untuk berhubung dengan Asia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bengkel ini, lawati Exabytes Internet Marketing Summit.

Kini, tiada lagi alasan bagi anda untuk menolak peluang keemasan yang terhidang ini. Jadikan platform ini sebagai perintis kepada kejayaan perniagaan anda. Khas bagi pembaca Siakap Keli, anda boleh menikmati diskaun istimewa sebanyak 20% bagi pembelian tiket EIMS2019 dengan mengunakan kod “siakapkeli20”.

Pendaftaran dalam talian kini dibuka. Untuk mendaftar dan mendapatkan tiket anda, lawati www.exabytes.my/eims 

 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa