Gambar : Bernama

Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong : Majikan Sektor Swasta Diingat Beri Cuti Umum

Kuala Lumpur : Majikan sektor swasta diingatkan supaya memberikan cuti umum kepada pekerja mereka sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin  Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini menyatakan cuti berkenaan telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala bagi Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang negeri masing-masing.

”Sehubungan dengan itu maka cuti tersebut adalah merupakan cuti umum yang diperuntukkan kepada para pekerja di sekstor swasta menurut Seksyen 60(D) (1)(b) Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut berdasarkan peruntukan itu, majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai cuti umum bergaji kepada para pekerja dan memberitahu mereka juga boleh memilih tarikh tersebut atau menggantikan cuti itu pada tarikh lain.

”Sekiranya tiada penggantian dibuat dengan mana-mana hari lain, pekerja yang bekerja pada tarikh-tarikh tersebut layak menerima gaji kerja pada cuti umum,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Dari Wiser.my