Siakap Keli

Raih Jutaan Ringgit Sebulan, Bintang Cilik YouTube Beli Bangunan RM33 Juta

Laman Youtube merupakan salah satu platform yang diguna pakai untuk menyampaikan pelbagai jenis maklumat dalam bentuk video. Selain platform untuk mendapatkan maklumat, Youtube juga dijadikan medium bagi sesetengah individu untuk mengaut keuntungan malah turut ada yang menjadikannya sebagai kerjaya.

Perkara ini berikutan terdapat ramai “Youtuber” yang memperolehi pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan dengan hanya menghasilkan video berkualiti untuk dimuat naik ke dalam laman Youtube.

Begitulah yang dinikmati oleh seorang bintang cilik Youtube yang dikenali sebagai Boram apabila pendapatan bulanannya mencecah sehingga jutaan ringgit.

Kanak-kanak yang berusia enam tahun ini telah mempunyai 30 juta pengikut bagi dua saluran Youtube miliknya iaitu Boram Tube Vlog dengan 17.5 juta pengikut dan Boram Tube ToyReview dengan 13.6 juta pengikut.

Beberapa video yang dimuat naik telah menarik lebih daripada 300 juta penonton. Oleh itu, tidak hairanlah pendapatan kanak-kanak ini boleh mencecah sehingga RM12.8 juta pada setiap bulan.

Hasil daripada pendapatan lumayan itu, dia dilaporkan telah membeli sebuah banggunan lima tingkat di daerah Gangnam, Seoul bernilai RM33 juta.

Banggunan tersebut yang dibina pada tahun 1975 itu terletak di atas tanah seluas 258 meter persegi (2770 kaki persegi) di pasar raya Cheongdam-dong, Gangnam. Namun begitu, motif pembelian banggunan tersebut tidak dapat dikenal pastinya sehingga kini.

Sumber: SCMP, Boram Tube ToyReview

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra