Siakap Keli
Gambar hiasan.

Tertanya-Tanya, Kenapa Simbol Ini Diguna Di Kebanyakan ‘Barbershop’ Di Seluruh Dunia? Ini Kisahnya

Jika dilihat, kebanyakan kedai gunting akan meletakkan objek silinder berwarna biru, putih dan merah yang berputar di tepi pintu masuk kedai. Objek ini digunakan secara meluas di kebanyakan negara di seluruh dunia tidak kira di negara barat mahupun Asia.

Terdapat tiga komponen utama objek tersebut iaitu tiang silinder, warna dan penutup silinder yang menyerupai mangkuk pada penghujung tiang.

Apakah sebenarnya makna di sebalik alat simbolik tersebut? Mengapa ia dipakai secara meluas sehingga hari ini?

Kredit: Uppercut Deluxe (Eddie Yerkish/Keep It Cool)

Jawapannya bermula sejak ratusan tahun dahulu ketika Zaman Pertengahan. Beberapa tahun lalu, tukang gunting bukan sahaja menggunting rambut dan jambang, malah mereka bekerja sebagai pakar bedah dan doktor gigi.

Mereka menyediakan perkhidmatan kepada orang-orang miskin yang tidak mampu berjumpa doktor. Disebabkan penjagaan kesihatan pada zaman tersebut tidak secanggih masa kini, prosedur kesihatan seperti pembedahan menjadi agak berisiko.

Prosedur Bloodletting

Mereka melakukan pengeluaran darah daripada pesakit dipanggil bloodletting yang dipercayai dapat menyembuhkan satu-satu penyakit atau jangkitan dan menguatkan sistem imun seseorang. Prosedur ini dikatakan mempunyai persamaan dengan amalan berbekam.

Kredit: National Geographic

Tiang pada simbolik kedai gunting berasal daripada tempat pesakit berpegang ketika prosedur dijalankan untuk menggalakkan peraliran darah. Ada juga pihak yang berpendapat tiang tersebut digenggam untuk menimbulkan urat bagi memudahkan tukang gunting tersebut menebuk saluran darah ketika bloodletting.

Bentuk ‘mangkuk‘ pada penghujung tiang pula mewakili besen yang digunakan untuk menadah darah ketika prosedur dijalankan.

Kredit: Word Info

Akhir sekali, kain pembalut yang telah digunakan untuk menghentikan pendarahan setelah proses bloodletting kemudiannya digantung pada tiang untuk dikeringkan, membuatkan kain tersebut melilit tiang apabila ditiup angin lalu menjadi simbolik kedai gunting yang kita lihat pada hari ini.

Warna merah pada kain putih tersebut mewakili darah manakala biru mewakili warna urat pesakit.

Sumber: Uppercut Deluxe, Slide Player

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.