Siakap Keli
Foto: ExpressUK/MetroUK

(Video) Dua Bintang Bola Sepak Arsenal Diserang Lelaki Bersenjata, Rakaman Kejadian Didedahkan

Bagi peminat bola sepak terutamanya kelab Inggeris, Arsenal FC, nama Mesut Ozil dan Sead Kolasinac sudah pasti tidak asing lagi dengan anda semua.

Sebagai pemain bola sepak, mereka sudah tentu sering merasai debaran seperti sewaktu mengambil sepakan penalti ataupun sebelum memasuki padang untuk perlawanan akhir sesuatu piala yang mereka sertai.

Namun, baru-baru ini, mereka telah mengalami salah satu detik paling mendebarkan dalam hidup mereka apabila kereta yang dinaiki mereka berdua telah diserang dua lelaki bersenjata.

Ia bermula apabila kereta Mercedes G Class 4×4 milik Ozil telah dihalang oleh motorsikal yang dinaiki suspek sebelum mereka cuba untuk menyerang kedua-dua pemain itu.

Bagaimanapun, Kalosinac bertindak berani apabila keluar dari kereta dan cuba mempertahankan rakannya itu tanpa sebarang senjata.

Kedua-dua penyerang dipercayai melarikan diri selepas beberapa orang pekerja sebuah restoran Turki, Likya yang berhampiran cuba untuk membantu pemain berkenaan.

Rakaman video mengenai kejadian itu juga sempat dirakam oleh kamera litar tertutup(CCTV) yang berada berhampiran.

Pihak polis mempercayai serangan ini adalah bermotifkan rompakan.

Menurut laporan sumber, kedua-dua pemain bintang kelab Arsenal itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak perlu dirawat di hospital.

Arsenal akan memulakan musim baru EPL tahun ini pada bertemu Newcastle United di tempat lawan pada 11 Ogos dan Ozil serta Kolasinac dijangka akan terus memainkan peranan penting bagi kelab itu musim ini.

Sumber: Metro UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.