Siakap Keli
Foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

(Video) Sampai Tersungkur Ke Jalan, CCTV Rakam Wanita Jadi Mangsa Dua Peragut

Kes ragut nampaknya semakin menjadi-jadi di negara ini dan yang terbaru, seorang wanita telah diragut oleh dua orang suspek yang menaiki motorsikal.

Kejadian itu berlaku apabila mangsa sedang berjalan berseorangan, dipercayai di kawasan Bandar Sri Permaisuri, Cheras petang Rabu(24 Julai).

Dua orang suspek yang menaiki dua motorsikal berbeza telah memberhentikan motorsikal mereka di dua tempat berbeza berhampiran tempat kejadian sementara menunggu peluang meragut mangsa.

Satu video rakaman CCTV mengenai kejadian itu telah dikongsikan oleh FB Info Roadblock JPJ/POLIS baru-baru ini.

Rakaman CCTV kes samun/ragut berlaku petang semalam (24/07/2019) l/kurang 1530hrs berhadapan Suasana Lumayan Condo Bandar Sri Permaisuri,Cheras. Suspek 2 lelaki menaiki 2 buah motorsikal tunggu mangsa yg berjalan dan meragut beg mangsa..#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, 25 July 2019

Mangsa juga dilihat telah tersungkur ke tanah dan berkemungkinan besar mengalami kecederaan berikutan kejadian itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai status terkini dalam usaha mengesan dan menahan kedua-dua suspek yang terlibat dalam kes ini.

Adalah dinasihatkan orang ramai terutamanya golongan wanita untuk lebih berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan diri selepas ini.

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.