Siakap Keli
Gambar: Pinterest

Baru Sedar Kebanyakan Pawagam Terletak Di Tingkat Paling Atas ‘Shopping Mall’, Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Kebanyakan orang gemar pergi ke pawagam untuk menonton filem disebabkan saiz skrin yang besar dan juga kualiti audio yang sangat berkualiti. Oleh itu, perkara ini secara tidak langsung memberi kepuasan kepada penonton ketika menikmati filem yang ditayangkan.

Namun, sedarkah anda kebanyakan panggung wayang yang terdapat di pusat beli belah berada di tingkat paling atas bangunan?

Gambar: CinemaPlus

Pastinya anda akan merungut kerana perlu pergi ke tingkat paling atas untuk menonton wayang. Di samping itu, anda perlu melalui kedai-kedai yang terdapat di dalam pusat membeli-belah dan berhimpit dengan pengunjung-pengunjung yang lain.

Disebabkan itulah kebanyakan panggung wayang berada pada tingkat paling atas di pusat membeli-belah. Perkara ini supaya pelanggan yang ingin menonton wayang perlu melalui kedai-kedai yang terdapat di situ. Ianya juga dianggap sebagai strategi pemasaran bagi sesebuah pusat membeli-belah.

Gambar: Hurriyet Daily News

Perkara ini kerana kebanyakan orang pergi ke pusat membeli-belah hanya semata-mata untuk menonton wayang. Tapi, apabila panggung wayang ditempatkan pada tingkat paling atas, mereka melalui kedai-kedai dan berpotensi untuk membuat pembelian di mana-mana kedai yang terdapat di dalam kompleks membeli belah tersebut.

Selain daripada strategi pemasaran, panggung wayang pada tingkat paling atas disebabkan ruang yang luas dan boleh menempatkan lebih banyak dewan tayangan.

Sumber: Storiesfeed.net

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra