Siakap Keli
Gambar Hiasan

Terpaksa Bergilir Berjaga Tiap Malam, Keluarga Mendakwa Diganggu Kehadiran Api Misteri

Sebuah keluarga yang mendiami kediaman di Pekan, Pahang mendakwa telah diganggu dengan kehadiran api misteri yang berlaku pada waktu-waktu tertentu.

Salah seorang suri rumah itu berkata, api misteri yang telah membakar pelbagai barangan dan perabot di rumahnya berlaku sebelum Subuh, pada waktu petang iaitu semasa hampir memasuki Asar dan pada waktu senja (Maghrib).

“Api itu muncul secara tiba-tiba dan biasanya kami akan tercium bau hangit sebelum ia berlaku. Setakat ini, antara barangan yang musnah ialah wang, kad pengenalan, perabot dan barangan elektrik. 

“Awalnya kami seram dan cemas juga namun selepas kerap berlaku, kami lebih tenang dan terus memadamkan api bagi mengelakkan ia merebak,”.

Suri rumah itu juga mendakwa kejadian itu baru dialaminya setelah 10 tahun mendiami rumah tersebut. Bagi keselamatan ahli keluarga terutamanya dua orang anak berusia empat tahun dan setahun enam bulan, mereka akan menghantar kanak-kanak itu ke rumah saudara yang berdekatan pada setiap malam.

Memikirkan risiko kebakaran yang lebih besar, dia bersama suami dan adik lelakinya bersepakat untuk bergilir-gilir berjaga pada waktu malam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Setiap kali api itu muncul, mereka akan menyimbah air walaupun api tersebut kelihatan sukar untuk dipadamkan.

Tambahnya lagi, mereka dikatakan telah melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk mendapatkan nasihat mengenai kejadian tersebut.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra