Pagi ini, rakyat Malaysia dihidangkan dengan satu khabar gembira mengenai ketibaan Ainul Mardhiah bersama ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sejurus tiba, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memaklumkan bahawa puteri kesayangannya itu berada dalam keadaan yang sihat walaupun telah menempuh penerbangan sepanjang 12 tahun.
Ainul yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’ telah berjaya menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun yang lalu. Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri, yang bertanggungjawab membawa bayi itu serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan.
Saya akan merindui awak, Ainul.
Itulah bait-bait kata yang dikongsikan oleh Dr Amalina sendiri yang bakal merindui bayi perempuan tersebut yang telah tiba di tanah air dari London. Menerusi laman Instagram milik Dr Amalina, dia turut menyatakan bahawa keluarga itu sangat kuat dalam mengharungi pelbagai halangan dan cabaran.
Ia telah menjadi perjalanan emosi, terdapat naik turun tetapi Ainul dan ibu bapanya sangat kuat. Mereka mengalami banyak halangan dan cabaran, tetapi mereka tidak pernah berputus asa.
Menerusi perkongsian tersebut juga, Dr Amalina menyatakan perasaannya yang tidak sabar untuk melihat bayi tersebut membesar dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
Saya tidak sabar untuk melihat Ainul berjalan di sekitar taman permainan seperti anak-anak yang lain.
Selain itu, dia juga berharap agar Ainul akan kembali ke London kerana mereka semua yang berada di sana sangat sayangkannya. Menerusi perkongsian itu, rata-rata warganet menurunkan ucapan terima kasih mereka kepada Dr Amalina yang bertungkus-lumus di dalam pembedahan tersebut.
“Terima kasih kerana menjaga Ainul dan terima kasih kepada pasukan anda. Kami semua gembira baginya sepertinya dia adalah anak anda.”
“Terima kasih doktor dan pasukan kerana lakukan yang terbaik untuk Ainul.”
Sumber: dramalinabakri