Siakap Keli
Gambar: The Hans India

Didakwa Menari Dalam Video Tik Tok Ketika Bekerja, Dua Pelatih Perubatan Disingkirkan Dari Latihan Industri

Dua orang pelajar telah dihantar pulang semula ke kolej mereka dan disingkirkan dari terus menjalani latihan industri di  sebuah hospital di India. Mereka yang menjalani latihan praktikal di Jabatan Fisioterapi dikenakan tindakan disiplin setelah ‘tertangkap’ membuat video TikTok dalam waktu bekerja.

Kedua pelajar pelatih itu dikatakan merakamkan video TikTiok semasa ketiadaan pesakit atau selesai melakukan tugas mereka.

Justeru, Pihak hospital menjelaskan bahawa pelatih-pelatih itu merupakan pelajar dari dua buah kolej perubatan swasta yang berbeza. Menurut Dr P. Sravan Kumar, yang merupakan Superintendan Hospital terbabit:

“Dua pelajar di dalam video TikTok itu merupakan pelajar pelatih di Jabatan Fisiologi dari kolej lain yang menjalani latihan industri di sini. Selepas kejadian tersebut, mereka telah ditamatkan latihan dan dihantar semula ke kolej.”

Malah Dr Jayakrishna, Pegawai Perubatan hospital berkenaan turut memberi kenyataan berkaitan isu itu.

“Pihak hospital turut mengeluarkan memo kepada Jabatan Fisioterapi. Sepatutnya para pelatih akan menghabiskan masa enam bulan di hospital tetapi kedua-dua mereka telah dihantar kembali ke kolej selepas tiga bulan setelah menerima surat tindakan tatatertib dari Ketua Jabatan Fisioterapi.”

Sumber: The News Minute 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)