Siakap Keli
Gambar: Emily McGuire

Isteri Suka ‘Shopping Online’, Suami Buat Kejutan Hadiahkan Kek Berbentuk Bungkusan Kurier

Emily McGuire, berasa gembira saat suaminya memberikan sebuah ‘kotak kurier’. Sudah jadi kebiasaanya untuk membeli barang-barang dari portal jualan atas talian. Jadi Emily terfikir mungkin ‘kotak’ itu adalah hadiah daripada suami sempena  hari lahirnya.

Namun ketika mendekati suaminya, Emily terkejut kerana ‘kotak’ itu sebenarnya adalah sebiji kek yang dihias seolah-olah sebuah kotak kurier, lengkap dengan alamat dan segala maklumat seperti yang tertera di bungkusan sebenar.

Gambar: Emily Mcguire

Emily yang begitu teruja dengan kejutan tersebut telah memuatnaik gambar kek tersebut di media sosialnya dengan caption

“Bila selalu beli barang atas talian, kek anda pun berbentuk macam bungkusan”

Hantaran tersebut kemudiannya tular dan mendapat pelbagai reaksi serta pujian dari orang ramai terutamanya golongan wanita yang gemar memberi barangan online.

Sumber: Mirror.co.uk 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)