Video seorang wartawan dari Pakistan menjadi tular di media sosial apabila dia telah membuat laporan banjir sambil berada di dalam air setinggi paras lehernya.
GTV News melalui saluran YouTube mereka memberitahu bahawa wartawan bernama Azadar Hussain itu telah mempertaruhkan nyawanya sendiri demi menjalankan tugas.
Kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Punjab, Pakistan yang sedang dilanda banjir besar sejak beberapa minggu yang lalu.
Walaupun ada yang menganggap tindakan Azadar ini melucukan, namun dedikasinya ketika menjalankan tanggungjawab perlu dipuji.
Beberapa orang pengguna di Twitter juga telah memuji apa yang dilakukan oleh wartawan ini.
“Pujian kepada kerja keras , komitmen dan pemikiran luar kotak lelaki ini walaupun ia agak pelik”

“Ini berada di satu tahap yang lain “
This is Next level. #dedication https://t.co/x7pQ9LIkNu
— Muhammad Umair (@eumair) July 27, 2019
Apa pun, pengorbanan wartawan ini sememangnya tidak mampu dilaksanakan oleh semua orang semasa menjalankan tugas atau pekerjaan.
Diharapkan wartawan ini mendapat balasan yang sewajarnya atas usaha yang dilakukan nanti.
Sumber: Scroll.in