Siakap Keli
Gambar: Pinterest

Setia Hingga Nafas Terhenti, Ini Kisah Percintaan Singa Dan Harimau Putih Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

18 Julai lalu kita dikejutkan dengan video tular yang memaparkan dua ekora harimau belang yang berkeliaran di sekitar Kampung Besol Lama, Bukit Besi Dungun, Terengganu.

Namun harimau yang didakwa tersesat itu tidak bertindak agresif dan berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Dan genap seminggu lalu, harimau yang diberi nama Awang Besul itu disahkan mati dipercayai positif ‘Virus Canine Distemper’.

Bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi di luar negara juga haiwan berbelang ini sebenarnya cukup popular. Terutamanya ‘kisah percintaan’ di antara seekor harimau putih dan singa yang sememangnya pernah mencetuskan fenomena dahulu.

Cameron dan Zabu dibesarkan bersama-sama dengan harapan untuk melahirkan baka gabungan gen singa jantan dan harimau betina iaitu ‘Liger’.

Cameron (singa jantan) dan Zabu (harimau betina putih) dilahirkan di sebuah zoo New Hemisphere pada tahun 2000 dan dibesarkan di zoo tersebut hingga tahun 2004.

Bagi pemilik zoo, menghasilkan ‘liger’ akan menarik ramai pengunjung yang sanggup membayar harga yang mahal untuk melihatnya.

Malah, ada yang sanggup membelinya. Paksaan untuk menghasilkan baka tersebut telah menyebabkan Cameron kehilangan berat sehingga 91 Kg.

Zabu pula sebenarnya bukan hasil kelahiran alam. Harimau putih tidak wujud di hutan liar. Maka, Zabu mempunyai genetik yang lemah. Harimau putih tidak mempunyai kemampuan memburu seperti harimau lain.

Gambar: Dailymail.co.uk

Pada tahun 2004, Zabu dan Cameron diselamatkan. Pihak Big Cat Rescue membina penempatan untuk Zabu dan Cameron. Zabu dimandulkan supaya ia tidak melahirkan baka ‘liger’.

Setelah bertahun-tahun tinggal bersama, Cameron sangat ‘possessive’ ke atas Zabu sehinggakan penjaga sukar untuk membersihkan dan memberi makan kepada Zabu. Hal ini disebabkan oleh dorongan testosteron Cameron.

Pihak Big Cat Rescue mempunyai dua pilihan, sama ada memisahkan Zabu dan Cameron ataupun memandulkan (dikasi) Cameron. Akhirnya, Cameron dikasi.

Beberapa bulan selepas itu, ‘kejantanan’ Cameron jatuh, rambutnya gugur. Tetapi Cameron tidak kisah, malah dia lebih selesa. Zabu pun tidak rasa kekasihnya makin kurang kacak. Tetap menyayangi.

Seperti singa liar, Cameron juga selalunya gemar tidur. Terbalik dengan Zabu yang agak energetik dan bermain. Zabu selalu ganggu Cameron tidur untuk ajak bermain. Cameron malas layan dan Zabu putus asa lalu bermain seorang diri.

Gambar: Mutually

Cameron mati pada Februari 2019 baru-baru ini kerana kanser hati (liver). Sebelum itu, penjaga telah cuba pelbagai jenis makanan dan pelbagai jenis rawatan untuk memastikan Cameron sentiasa cukup makan. Tetapi tak dapat diselamatkan.

Sebulan selepas itu pada Mac 2019, Zabu pula mati kerana buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mempunyai kemahuan untuk hidup lagi setelah kehilangan Cameron.

Pihak Big Cat Rescue percaya Zabu mati kerana patah hati dan telah beberapa hari tidak makan. Mereka pernah hidup gembira selama 15 tahun. True love.

Gambar: Zamir Mohyedin
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sQOyNPfafiM?start=14] Sumber: Zamir Mohyedin 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.