Siakap Keli
Kredit: AFP

Tujuh Anak Harimau Mati Dibekukan Dalam Cubaan Seludup

Hanoi- Tujuh ekor anak harimau ditemui dalam keadaan beku dalam sebuah kereta di sini pada Jumaat lalu.

Ketujuh-tujuh bangkai ini dipercayai merupakan sebahagian daripada mangsa penyeludupan haiwan liar yang menjadikan Vietnam sebagai salah satu laluan penyeludupan dari Laos, negara pembekal banyak daging serta bahagian harimau ke negara Asia.

Anggota harimau digunakan sebagai ubat tradisional atau perhiasan di Vietnam manakala tulangnya dikatakan mampu merawat arthritis dan memberi kekuatan, menyebabkan spesies ini terancam.

Berikutan penemuan ini, polis berjaya menahan suspek kumpulan penyeludupan yang aktif beroperasi di Laos setelah bertahun-tahun.

Menurut laporan media tempatan, suspek tersebut dikatakan menyembunyikan kegiatan haram tersebut di sebalik syarikat bahan binaan untuk mengaburkan mata pihak berkuasa.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi memastikan samada kesemua anak harimau tersebut dibawa daripada ladang harimau haram di Laos atau ditangkap dari hutan negara berkenaan.

Sebelum ini di Singapura, polis berjaya menumpaskan sembilan tan sumbu serta sejumlah besar sisik tenggiling yang cuba diseludup ke Vietnam.

Vietnam merupakan hub popular penyeludupan haiwan liar selain menjadi pengguna terbesar bahagian-bahagian haiwan berkenaan antaranya gading gajah, tenggiling dan sumbu badak.

Sebahagian daripadanya digunakan untuk tujuan domestik manakala selebihnya diseludup ke China.

Kerajaan Vietnam telah berjanji untuk menumpaskan penyeludupan di negara tersebut, namun negara tersebut terus dikritik atas penguatkuasaan yang lemah.

Sumber: The Jakarta Post, Metro.co.uk

Amira

Love yourself.