Siakap Keli
Foto: Tuoi Tre News

Tular Video Penunggang Motorsikal Langgar Anggota Polis Sehingga Melambung 360°

Seorang anggota polis trafik dilaporkan cedera parah selepas dirempuh sebuah motorsikal yang sedang meluncur laju dalam satu kejadian yang berlaku di bandar Hai Phong, Vietnam baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar tempatan, kejadian itu berlaku sekitar jam 11.10 pagi waktu tempatan pada 9 Julai lalu di sebatang jalan dekat daerah An Lao.

Dalam kejadian itu, Leftenan Kanan Nguyen Trong Quy dikatakan cuba menahan seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar dan memecut laju di jalan raya tersebut.

Foto: Tuoi Tre News

Akan tetapi, penunggang motorsikal itu tidak langsung memperlahankan kenderaannya malah merempuh mangsa sehingga berpusing hampir 360° akibat pelanggaran itu.

Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas kejadian dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius.

Foto: Tuoi Tre News

Dalam pada itu, penunggang motorsikal terbabit telah berjaya ditahan polis sejurus selepas kejadian dan dia hanya mengalami kecederaan ringan di beberapa anggota badannya.

Foto: Tuoi Tre News

Video kejadian itu secara kebetulan sempat dirakam oleh dashcam milik seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan kejadian ketika kemalangan itu berlaku.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai status terkini Leftenan Kanan Nguyen Trong Quy namun beliau didakwa masih lagi bertarung untuk terus hidup setakat 15 Julai lalu, menurut laman ViralTab.

Sumber: Tuoi Tre News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.