Siakap Keli
Gambar HIasan

Waspada Semasa Bercuti, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tiga negeri lain selain Sabah dan Sarawak yang terlibat ialah Perak, Pahang, dan Selangor.

 

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga pukul 7 malam ini ialah Kerian, larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk , Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim  (Perak), Tanah Tinggi Cameron (Pahang), Hulu Selangor (Selangor).

Manakala kawasan yang terlibat di Sarawak iaitu Bintulu, Sebauh, Miri dan Limbang serta Sabah pula adalah Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan, Telupid, Kinabatangan< Beluran dan Sandakan serta Kudat.

Orang ramai yang berada di kawasan-kawasan berkenaan diharapkan lebih berhati-hati terutamanya bagi yang pergi bercuti dan pulang ke kerja petang ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang