Siakap Keli

Aku Pasang Ruqyah Kuat-Kuat, Bunyi Bising Tu Makin Kuat, ‘Benda’ Tu Macam Marah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pengalaman mistik ketika sedang melancong pastinya merosakkan mood kita. Apatah lagi apabila ia berlaku dalam keadaan yang tidak dijangka, ketika sedang bersuka ria.

Seringkali kisah bertemu ‘penunggu’ hotel berlegar di media sosial. Masing-masing menceritakan pengalaman sendiri bagaimana kejadian seram berlaku di hadapan mata.

Seorang pengguna Twitter, Echa Azira berkongsi kisah seram di mana dia dan dua orang rakannya diganggu entiti misteri ketika menginap di salah sebuah hotel di Pulau Pinang.

Dalam satu video dikongsinya, mereka bertiga sedang bersantai sambil berborak di dalam hotel berkenaan sebelum tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu bilik.

Ada juga pengguna laman sosial berkenaan yang mendakwa terdapat suara nyaring sebelum ketukan itu berlaku.

Kredit: Echa Azira

“Hotel ni kami dah tempah siap-siap kat KL. Sampai saja hotel tu, mereka kata bilik penuh. Masa tu memang rasa nak mengamuk, dengan penatnya lagi. Lepastu kami pun tukar bilik dengan harga dua kali lebih mahal.

Dia kata bilik tu saja yang kosong. Kami on je la. Sebab dah penat, nak tidur.

Sampai di bilik, aku, Gus dan Alyn terus masuk. Aku dan Gus buka kasut. Kami pusing-pusing la kat suite tu dengan pakai stokin. Alyn kebetulan pakai selipar je masa tu.

Masa tu dia rasa lain pasal bilik ni sebab bila dia buka selipar je, dia rasa lantai bilik tu berhabuk.

Tapi Alyn tak bagi tahu pun pasal lantai berhabuk tu. Aku dengan Gus dah seronok-seronok dah. Seronok sebab dapat bilik besar gila.

Tapi lama-lama baru kami perasan bilik tu usang. Sofa usang. Langsir kotor. Kami cek katil, cadar macam ada sisa kopi.

Sarung bantal macam tak tukar sebab ada kuning-kuning. Bilik air penuh botol-botol shower kosong. Aku telefon pengurusan suruh kemas. Aku bebel je sepanjang dorang mengemas tu. Geram. Dorang pun macam nak cepat je berambus dari bilik tu.

Ketukan pintu, nampak kelibat

Dipendekkan cerita, malam tu kami main permainan. Biasa la perempuan jerit-jerit. Bukan jerit kuat-kuat pun. Jerit-jerit manja je sambil gurau-gurau. Tetiba ada orang ketuk pintu tapi perlahan. Tetiba jadi makin kuat. Kami terus diam.

Masa tu aku tak rasa apa pun. Tapi Alyn dah mula takut.

Kami pun berhenti la main permainan tu. Masa tu bulu roma aku dah naik dah. Tetiba rasa meremang, sunyi walaupun TV kat ruang tamu tu hidup. Sekurang-kurangnya tak ada lah sunyi sangat.

Kami pun gerak masuk bilik, pintu biar terbuka. Aku duduk lepak atas katil menghadap pintu bilik.

Masa ni aku nampak ada kelibat orang lalu kat ruang tamu. Sebab kami semua kat bilik lepak atas katil.

Gus dan Alyn masing-masing fokus main telefon. Aku pun tanya dorang, “Eh kau tak kunci pintu depan ke?”

Kami pun keluar bilik, periksa. Elok je berkunci.

Masa ni sumpah aku takut. Kami cepat-cepat msauk bilik, tutup pintu. Masa ni kami tak tahu apa jadi kat ruang tamu tu, tapi yang pasti bising gila.

Bunyi sofa, kerusi kena seret. Bunyi orang ketuk meja. Yang paling tak boleh blah, ‘benda’ tu main volume TV.

Bunyi TV kejap kuat, kejap perlahan. Aku dah menangis dah sebab aku paling penakut. Aku tengok kawan aku tu relaks je macam tak ada apa-apa.

Apa lagi, aku buka Youtube, surah dan ruqyah. Aku pasang kuat-kuat. Tetiba bunyi bising tu makin kuat. Benda tu macam marah.

Aku fikir nak balik KL je malam tu. Lagi-lagi kawan aku macam tak faham perasaan aku. Siap kata “TV kat rumah aku pun macam tu.” Aku dah lembik gila masa tu.

Aku terus selubung atas katil, menyorok dalam selimut sambil dengar ruqyah. Bunyi bising kat ruang tamu tu memang tak berhenti.

Tak lama lepas tu, aku tertidur. Kawan aku yang kononnya tak ada apa-apa tu, sampai ke Subuh tak boleh tidur. Kesian. Buat macam tak ada apa-apa malam tu sebab dorang tak nak aku jadi makin takut.

Esok pagi checkout, aku bebel pengurus dia. Bila aku cerita, dia buat-buat macam terkejut. Siap cakap lagi harini ada orang nak masuk bilik tu 4 hari. Siapa la penghuni malang tu ya..

Kalau hotel penuh, jangan desak minta bilik baru

Berikutan itu, seorang pembaca memberi nasihat, jika staf hotel beritahu bilik hotel sudah penuh, jangan desak meminta bilik lain. Dikhuatiri bilik yang diberi atas desakan itu telah lama tidak digunakan atas sebab-sebab tertentu. Bilik tinggal ni, tahu-tahu sajalah..

https://platform.twitter.com/widgets.js

Sumber: Echa Azira

Amira

Love yourself.