Jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan di Riau berpontensi untuk menyeberang ke negara jiran termasuklah Singapura dan Malaysia.
Menurut Agensi maklumat Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Marzuki berkata berkemungkinan ia berlaku kerana pembawakan asap oleh angin dari arah Tenggara ke Barat Daya dan lebih dominan dari Selatan hingga ke Utara.
Menurutnya lagi, jika dilihat semula, selepas pada Khatulistiwa Utara, arah angin berubah ke arah Timur Laut. Untuk pengetahuan anda, Timur Laut Riau merupakan negara Malaysia dan Singapura. Namun ia lebih dominan ke arah kawasan Kuala Lumpur.
Pada masa ini, Riau atau Sumatera mengalami cuasa panas dan kering namun, kitaran hujanturun sangat kurang. Ia berlarutan hingga ke bulan Ogos.
Oleh itu, kita diminta untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan.
Sumber: Gatra.com