Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Mayat Warga Tempatan Dikhuatiri Lemas Ditemui

Kuala Lumpur : Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini menemukan mayat seorang lelaki tempatan yang mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Klang semalam berhampiran Jalan Tun Sambanthan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata individu berusia 28 tahun itu ditemui pada jarak empat kilometer daripada tempat dia terjatuh pada 4.02 petang tadi.

”Mangsa lemas itu ditemui berhampiran Jalan Klang Lama, Batu 6 1/2, Taman Sri Sentosa pada petang ini selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung 10.00 pagi tadi.

”Bomba kembali ke lokasi kejadian untuk mencari individu itu yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Klang 7.30 petang semalam dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan dan selaman,” kata kenyataan itu.

Menurut Komander Operasi Salehtul Azmir Abdullah yang mengetuai operasi berkata, individu berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pantai berserta 26 anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi dalam operasi itu yang mengambil kira-kira enam jam untuk menemui mangsa itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.