Siakap Keli

Muhamad Akmal Peluk Erat Ibunya Lepas Dibebaskan Dari Tuduhan Kes Arwah Zulfarhan

Laungan kesyukuran dan suasana hiba menyelubungi perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tatkala Zulkarnain Idros, bapa Allahyarham Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman bersujud syukur setelah mendengar keputusan mahkamah dalam perbicaraan tadi.

Juraian air mata tidak dapat ditahan selepas mahkamah memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dituduh terlibat dalam kes kematian membabitkan Zulfarhan Osman Zulkarnain untuk membela diri.

Namun sebelum itu, mahkamah telah membebaskan Muhamad Akmal Akif Alias, salah seorang daripada 19 tertuduh yang didakwa mencederakan dan membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman

Muhamad Akmal Akif Alias dipeluk ahli keluarganya sebaik dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada pertuduhan bersubahat dan mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Hakim Datuk Azman Abdullah turut mengarahkan 18 lagi tertuduh untuk membela diri dan perbicaraan akan bermula 2 Oktober ini.

Sumber: Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)