Siakap Keli
Gambar: Encik Firus

Sebab Cikgu Lelaki Dan Tiada Anak, Wanita Mengaku Ibu Pelajar Prasekolah Dakwa Guru Ini Tak Layak Ajar Anaknya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, pendidikan prasekolah merupakan satu program yang menggalakkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berusia sekitar empat sehingga enam tahun.

Menggunakan model pendidikan seperti diasaskan oleh Maria Montessori yang menekankan konsep ‘Belajar Sambil Bermain’ tentunya akan meliputi pelbagai aktiviti kelas, berkumpulan dan individu.

Pada kebiasannya, setiap kelas prasekolah akan diajarkan oleh seorang guru dan pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak dinafikan bahawa dahulu jawatan ini didominasi oleh kaum wanita namun seiiring masa, lelaki juga tidak ketinggalan untuk menggalas tanggungjawab ini.

Dan sebelum diberikan tugas untuk menguruskan sesebuah prasekolah, para guru akan diberikan latihan, pendedahan dan pengalaman untuk mengasah kredibiliti dan potensi mereka.

Gambar: Sekolah Kebangsaan Seri Bayu

Namun, setiap pekerjaan itu ada dugaan dan cabarannya, begitulah yang terjadi kepada Firus yang merupakan seorang guru prasekolah. Beliau telah memuatnaik hantaran di laman Facebooknya berkongsi tentang kisahnya yang ‘ditegur’ oleh ibu bapa salah seorang pelajar sekolahnya.

“Masa aku belajar dulu, takde pulak spesifikasi nak mengajar prasekolah ini perlu ada anak. Tak sangka plak boleh jadi isu. Rupanya bukan semua orang suka pada kita.”

Gambar: Encik Firus

Menurut Firus, dia telah dihubungi oleh individu yang mendakwa sebagai salah seorang ibu bapa yang seakan-akan mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang guru prasekolah.

Individu berkenaan turut mempersoalkan status Firus yang masih belum berkahwin.

Gambar: Encik Firus

Hantaran tersebut nyata menimbulkan pelbagai reaksi dan pendapat dari netizen.

Cikgu Telah Diberikan Latihan Sebelum Dihantar Mengajar

Gambar: Facebook

Yang Anak Anak Pun Tak Semestinya Pandai Mendidik Anak

Gambar: Facebook

Anak Itu Amanah Allah

Gambar: Facebook

Takda Dalam Syarat Pun Kalau Nak Jadi Cikgu Kena Ada Anak

Gambar: Facebook

Sumber: Encik Firus

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)