Siakap Keli
Ku Afifi tinggal di dalam yurt sepanjang seminggu di Mongolia. (Kredit: Ku Afifi)

Seminggu Jadi ‘Bangsa’ Nomad Di Kem, Pemuda Kongsi Pengalaman “Superb” Kembara Ke Mongolia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Setiap perjalanan pasti mengajar kita sesuatu. Dengan berkelana di bumi ini, kita dapat melihat perspektif baru kehidupan di samping menghayati bukti kekuasaan Allah yang mencipta alam penuh keindahan dan keunikan tersendiri.

Baru-baru ini, seorang pengembara solo, Ku Afifi berkongsi tips dan pengalamannya berkelana di Mongolia ketika dalam perjalanan menuju ke Rusia, sebuah negara yang merangkumi dua benua – Asia dan Eropah.

Rakyat Mongolia dengan pakaian tradisional mereka. (Kredit: Ku Afifi)

Perjalanan seminggu di Mongolia yang penuh cabaran itu pastinya menjadi pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan atau dijual beli.

“Nak share solo trip Transiberia, singgah di Mongolia sebelum masuk Rusia selepas Beijing. Seminggu saya di Mongolia sangat mencabar dan pengalaman yang tak dapat dilupakan..

2 malam di Ulan Batar dan 5 malam di South Gobi.

Paling seronok trip pergi South Gobi, kagum sangat dengan jalan padang pasir. Tidur dalam yurt atau Ger Camp (Nomad People Live), orang kata tidur bawah berjuta bintang selain 5 bintang.

Tiada tandas atau pun bilik mandi, jadi saya tak mandi selama 6 hari di South Gobi, tapi tak kisah sangat sebab suhu sejuk masa tu sekitar 9°C siang, turun 1°C atau 2°C waktu malam, tandas boleh jadi kat mana-mana saja selain dalam Ger Camp tu.

Saya tak membuang selama 6 hari tu. Hahaha. Tandas ada je, cuma faham-faham je lah, boleh nampak ketulan emas berbukit-bukit, saya rela korek lubang daripada berak kat dalam tandas.

Ger Camp atau Yurt pada waktu siang. (Kredit: Ku Afifi)

Dalam perjalanan ke setiap check point memakan masa 3 hinga 5 jam, jadi kami berhenti je kat mana-mana bila tiba waktu makan. Buka meja lepastu masak dan berkelah. Hanya sepohon pokok tinggi lebih kurang paras pinggang selama kat sana.

Pastu unta dan kuda dok lalu lintas macam tu je seperti lembu lalu lintas kat Malaysia.

Selain tu, boleh juga buat aktivit perah susu unta dan kambing serta mendaki. Oh, paling mencabar mendaki naik Sand Dunes. Azab weh nak panjat memang mencanak dan tinggi. Panjat, gelongsor, turun. Panjat, gelongsor, turun.

Saya bertuah sebab dapat tengok Festival Unta kat sana. Hari yang saya pergi tu, mereka ada acara tu. Jadi Festival Unta tu acara tahunan mereka pada setiap tahun bulan Mac sekitar tarikh antara 6 hingga 19 haribulan. Masa saya pergi, kena tarikh 12hb Mac.

Seronok juga tengok festival tu di mana lebih kurang 100 ekor unta dari pelbagai daerah datang ke situ untuk pertunjukan.

Jadi ada yang mula perjalanan mereka untuk ke situ 3 hingga 5 hari sebelum acara berlangsung sebab daerah mereka jauh-jauh.

Mereka sedang mengikat pelantar pada unta sebagai tempat duduk penunggang. (Kredit: Ku Afifi)

Aktiviti kat sana seperti Camel Grooming paling lawa. Ada penjualan kraf tangan dan boleh juga tengok pemakaian tradisional orang Mongolia. Paling seronok adalah Camel Polo dan Lumba Unta sebab sebelum ni pernah tengok Polo Berkuda je.

Jadi cara paling senang nak pergi South Gobi adalah terus upah pemandu pelancong dari Ulan Batar, pandai-pandai la cari sebab kadar harga dia sekitar USD$ 450 hingga USD$ 600.

Tapi saya bertuah sebab masa duduk CS tu, tuan rumah ada buat trip bawa geng Perancis ke sana, tapi trip mereka 9 hari jadi saya ikut je lah separuh jalan selama 6 hari, kena bayar USD$ 250 saja sebab ni kira trip tumpang la memandangkan saya travel solo. Geng Perancis ni kena USD$ 600 kot.

Selain tu kalau tak nak ambil terus guide, boleh juga naik bas tempatan dari Ulan Bataar ke Dalanzdgad, perjalanan dalam 8 jam pastu kena tinggal satu malam kat Dalanzadgad sambil-sambil cari pakej ke South Gobi.

Keesokannya, pakej dari Dalanzadgad sekitar USD$ 250 hingga USD$ 350, murah sikit la cuma saya bertuah sebab tumpang trip orang je.

Tapi kalau korang pergi dalam kumpulan, lebih baik ambil guide terus dari Ulan Batar, jadi jimat sikit masa.

Kalau nak tengok lebih banyak gambar masa di Mongolia, boleh ke link Instagram dan Facebook beliau.

“Money is numbers and numbers never end. If it takes money to be happy, your search for happiness will never end.” – Bob Marley.

Wang merupakan angka, dan angka tiada penghujung. Jika wang membuatkan anda bahagia, pencarian kebahagiaan anda tidak akan berpenghujung. -Bob Marley

Sumber: Ku Afifi

Amira

Love yourself.