Siakap Keli
Gambar Kiri: Bernama

Tak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Semalam, Ini Penjelasan Najib Razak

Semalam diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istana negara dimeriahkan dengan gemaan meriam sebanyak 21 das diiringi laungan ‘Daulat Tuanku’ menandakan penyempurnaan istiadat. Balairung Seri dipenuhi hiasan serba kuning keemasan itu menyaksikan istiadat yang dilaksanakan dengan penuh tradisi Kesultanan Melayu

Namun dalam pada itu, mula timbul spekulasi mengenai ketidakhadiran bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Malah ada juga dakwaan yang menyatakan ketidakhadiran beliau dalam istiadat tersebut kerana kekeliruan tempat duduk.

Justeru, untuk menghentikan segala tanda tanya, Najib Razak telah memuatnaik hantaran terbaru di media sosialnya mengenai isu berkenaan. Menurutnya:

Bukan kekeliruan tetapi menerima panggilan pada pukul 6:30 pagi yang sama bahawa tempat duduk ditukar

Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas PM tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya. Masa itu dah tak sempat nak ambil pakaian dari Pekan.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)